Initi pati keputusan mesyuarat kabinet

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat kabinet buat kali ketiga hari ini.
Berikut antara inti pati keputusan yang diumumkannya hari ini.
  • Muhammad Ibrahim letak jawatan sebagai gabenor Bank Negara
  • Kementerian-kementerian akan disusun semula
  • Peruntukan RM500,000 kepada Anggota Parlimen dan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Anggota Parlimen akan disalur sebelum Hari Raya Aidilfitri
  • Skim kawalan harga musim perayaan Aidilfitri libatkan 22 jenis barang kawalan
  • Kerajaan akan beri insentif raya kepada peneroka Felda, babitkan peruntukan kerajaan RM50 juta
  • Peneroka Felcra juga menerima bonus, dengan kos RM44 juta, dibayar melalui keuntungan Felcra
  • Parlimen bersidang mulai 16 Julai, Akta Antiberita Tidak Benar dan Akta GST akan dimansuhkan
  • Masa depan Majlis Penasihat Kerajaan belum dimukmatamadkan
  • Ujian Bahasa Inggeris untuk kakitangan awam kanan kerana mereka perlu berunding dengan warga asing
  • Bayaran Bantuan Sara Hidup tidak lama lagi
  • Dr Mahathir akan berada di Jepun antara 10 hingga 12 Jun untuk Persidangan Nikkei - lawatan rasmi rasmi pertamanya
  • Kerajaan akan menangani masalah kekurangan zat di kalangan kanak-kanak bandar, termasuk Putrajaya
  • Menteri Kewangan dan pegawai SPRM akan ke China tidak lama lagi berhubung siasatan projek Suria Strategic Energy Resources
  • Peguam Negara dan Kementerian Luar Negeri akan memulakan tindakan susulan ke atas MH17.
  • Kementerian Kesihatan akan mengkaji skim "peduli sihat nasional" dan insurans Takaful bagi golongan miskin
  • PM akan melengkapkan kabinetnya menjelang akhir minggu ini
  • Jawatankuasa kabinet khas mengenai masyarakat India akan bermesyuarat tidak lama lagi
  • Penjawat awam kanan akan dikenakan potongan gaji 10 peratus
  • Kerajaan mengkaji semula Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
  • PM enggan ulas tuduhan yang memperincikan perbelanjaan untuk Yang di-Pertuan Agong
  • Skim kawalan harga musim perayaan akan dilaksanakan mulai 8 hingga 22 Jun
  • Kerajaan akan kaji semula pautan dagangan antara Bursa Malaysia dan Singapura
  • Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-isu Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan
  • Jawatankuasa meliputi pakar bukan kerajaan akan diwujud untuk tambah baik kurikulum pendidikan dari peringkat taska sehingga universiti
  • Kerajaan berpendapat adalah baik jika tidak ada kapal perang ditempatkan di Selat Melaka, Laut China Selatan
  • Syarat pinjaman bank yang ketat akan dikaji semula untuk membantu usahawan kecil
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan