Pemilihan PKR akhir Ogos ini


PETALING JAYA - PKR akan menjalankan pemilihan parti pada akhir Ogos ini, kata Setiausaha Agung parti berkenaan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, tempoh sah jawatan setiap pemimpin cabang dan pusat parti berakhir 22 Februari 2019.

Bagaimanapun, katanya proses pemilihan parti itu tidak boleh dilaksanakan melangkaui tempoh 18 bulan penangguhan Kongres Nasional Tahunan parti itu yang berakhir, 21 November ini.

"Parti ini dah hampir tamat 18 bulan extension period. Jadi kongres ini mesti diadakan tak lebih dari tarikh berkenaan, kalau lebih kita akan terbatal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada anggota Parlimen dan Adun PKR di sini, hari ini yang turut dihadiri Presiden PKR yang juga isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada majlis itu seramai 48 daripada 50 anggota Parlimen PKR dan 51 daripada 67 Adun PKR hadir.

Berdasarkan  Perlembagaan PKR, Kongres Nasional Tahunan parti hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa sebelum berakhir bulan Jun atau pada tarikh yang ditetapkan Majlis Pimpinan Pusat dengan syarat tidak lewat daripada lapan belas bulan dari tarikh Kongres Nasional Tahunan yang lalu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan