Tidak perlu tunggu selesai 100 hari untuk kritik kerajaan PH

Rakyat Malaysia tidak perlu menunggu berakhirnya 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mula mengkritik, kata Ahli Parlimen PKR, Maria Chin Abdullah dalam satu forum semalam.

Tidak perlu rangka waktu tertentu untuk mula mengkritik, kata beliau dalam forum “Kepentingan Pembangkang Yang Kuat untuk Demokrasi Yang Subur” anjuran Bar Council itu.

Jelas bekas pengerusi Bersih 2.0 itu, sekiranya seseorang itu merasakan ada sesuatu yang tidak kena, suarakan sekarang, tidak perlu tunggu sehingga ia selepas 100 hari, kerana ia mungkin telah lewat, lapor Free Malaysia Today (FMT).

Katanya lagi, rakyat memang telah mula bersuara tetapi suara-suara itu perlu lebih kuat.

Pandangan beliau turut dipersetujui Presiden Institut for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Mukhriz.

“Kita perlu bersikap berjaga-jaga kerana terlalu banyak hasrat baik daripada rakyat sekarang,” kata beliau.

Seorang panelis yang lain menyentuh soal sindrome penafian dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) selepas kekalahan parti itu pada 9 Mei lalu.

Kata beliau, hari ini Malaysia memerlukan pembangkang yang kuat, yang bukan hanya membangkang kerana perlu membangkang.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim Seng berkata, apa yang diperlukan hari ini ialah kebijaksanaan dan ilmu untuk membangkang.

“Kita tidak mahu pembangkang seperti Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos itu,” kata beliau.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan