'Tiada diskriminasi pada LGBT tapi jangan cabar nilai masyarakat'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata golongan LGBT tidak seharusnya didiskriminasi sebagai warganegara namun mengingatkan mereka agar tidak mencabar nilai masyarakat dan undang-undang.

"Setiap warganegara Malaysia bebas dan tidak boleh didiskriminasi di tempat kerja dan dalam isu lain.

"Berhubung orientasi seksual, jika kita diam-diam tanpa mencabar sistem, itu isu lain.

"(Tapi) jika kita secara terbuka mempromosikan LGBT sebagai budaya, ia akan menjadi isu terhadap nilai dalam masyarakat kita dan undang-undang negara," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung peletakan jawatan pegawai akhbar Kementerian Belia dan Sukan, Numan Afifi yang pernah menimbulkan kontroversi kerana menyokong penganjuran acara melibatkan LGBT.

Bagaimanapun, anggota parlimen Parit Buntar itu enggan mengulas lebih lanjut isu berkenaan dan berkata bahawa Numan sendiri yang memilih meletakkan jawatan.

Mujahid berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengemukakan program melalui pendekatan dialog dengan golongan LGBT sebagai langkah untuk membawa mereka semula ke pangkuan masyarakat.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan