Undang-undang yang ada sudah cukup, kata Hanipa

Saya ingin tegaskan berita tidak benar adalah musuh kita semua. Ia musuh PH. Ia musuh BN. Ia musuh PAS. Ia adalah musuh semua orang, kata Hanipa.

Timbalan Menteri Mohamed Hanipa Maidin menegas, Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 tidak diperlukan kerana undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk bertindak ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu.

Katanya, hanya kerana kerajaan mahu mansuh akta ini ia tidak bermakna PH merestui berita tidak benar.

“Saya ingin tegaskan berita tidak benar adalah musuh kita semua. Ia musuh PH. Ia musuh BN. Ia musuh PAS. Ia adalah musuh semua orang.

“Cuma kita sudah ada undang-undang yang mencukupi untuk ‘handle’ fenomena atau gejala ini,” kata beliau dalam Dewan Negara.

Menurut Hanipa, ada orang bertanya, oleh kerana Senator BN tolak RUU Pemansuhan Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 sebentar tadi, mengapa PH tidak tangkap dan dakwa saje mana-mana pemimpin BN atau Pas di bawah Akta tersebut ?

“Jawapan saya : “Kami berbeza dari BN. Jika kita tak suka akta tu pada kita, maka pada orang lain hatta pada musuh kita sekalipun , kita tak mahu ia dilaksanakan. Itulah prinsip keadilan yang PH perjuangkan.”




Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan