Batalkan perhimpunan Bersentimen kaum Dan Agama


Perhimpunan membantah ICERD bakal menjadi perhimpunan yang tidak membawa apa-apa kebaikan untuk negara.

Berdasarkan perkembangan semasa, ada pihak yang bakal menyertai perhimpunan itu atas sentimen perkauman.

Sementara ada pihak lain pula membakar sentimen agama untuk menarik minat orang ramai menyertainya.

Hal ini berbeza dengan Bersih. Dalam perhimpunan Bersih, tiada sentimen agama atau kaum yang dibangkitkan.

Fokus Bersih ialah memperbaiki sistem pilihanraya. Kalau ada pun isu lain, hanya isu penyelewengan dan rasuah.

Pada asalnya perhimpunan ini ada asasnya iaitu membantah ICERD. Atas isu itu, perhimpunan ini nampak ada signifikannya untuk kebaikan negara.

Tetapi selepas kerajaan membuat keputusan tidak akan meratifikasinya, ia bertukar menjadi perhimpunan bersentimen kaum dan agama.

Sudah pasti perhimpunan 8 Disember yang bakal diteruskan yang bertolak daripada sentimen kaum dan agama tidak membawa apa-apa faedah kepada negara.

Penganjur mungkin boleh menafikan hakikat ini, namun pra perhimpunan itu yang berlangsung di pelbagai lokasi dapat dihidu bertolak daripada sentimen berkenaan.

Saya berharap perhimpunan ini tidak diteruskan. Hal ini bukan bertujuan menafikan hak kebebasan bersuara untuk rakyat, tetapi mengambilkira kesan negatifnya.

Penganjur boleh memilih masa lain untuk menganjurkan apa-apa perhimpunan yang bebas daripada sentimen perkauman dan agama.

Banyak lagi isu rakyat yang lebih serius dan besar boleh dijadikan asas untuk menganjurkan perhimpunan seumpama itu pada masa akan datang.

Demi kesejahteraan negara dan masyarakat elok sekali tindakan memarakkan sentimen kaum dan agama melalui perhimpunan seperti itu dielakkan.

ZOLKHARNAIN ABIDIN
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Nasional
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan