Dr Streram kembali bertanding di Rantau

Pakatan Harapan (PH) menerusi Biro Politik PKR hari ini mengumumkan kembali Dr. S. Streram bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau akan ditandingi

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media mengumuman calon Ph di ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya petang ini.

Menurut Anwar hasil daripada mesyuarat Biro Politik pada 6 Mac lalu mengenai kedudukan calon, terdapat pelbagai permintaan di kemukakan pada PRK Dun Rantau kali ini.

“Kita telah berbincang panjang lebar kedudukan calon termasuk reaksi pelbagai pihak terutama mengenai gabungan Umno-Pas ini yang lebih menjurus kepada kemungkinan calon sesuai diletakkan di Dun Rantau adalah seorang calon Melayu.

“Setelah diteliti kita lebih menekankan jika Menteri Besar seorang Melayu yang menjaga kepentingan semua rakyat. Kita tidak bersetuju jika perbincangan isu Melayu sedang hangat hari ini, kita tidak bersetuju pula untuk  meletakkan calon Melayu.

“Di rantau isunya berbeza. Isu rantau ada berkaitan dengan perkembangan PRU14 lalu dimana kita pindahkan kawasan pengundi India dari Jeram ke Rantau kerana pengundi etnik India sebanyak 27%. Oleh kerana kawasan lain ditandingi orang Melayu termasuk  Parlimen Port Dickson yang kini saya wakili.

“Kita menjaga kepentingan semua kaum kita setuju mencalonkan calon India,” ujarnya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berkata keputusan Biro Politik PRK telah mengemukakan hujah PKR mengenai meletakkan calon India di Dun Rantau dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 9 Mac lalu.

Beliau berkata, PKR telah kemukakan hujah- hujah dan tidak wajar PH bergelut dalam tekanan  politik semasa .

“Kita perlu pertahahankan prinsip perlembagaan, dasar PH  dan kita pertahankan hujah sama dalam mesyyuarat Majlis Presiden PH.

“Kita pertahankan kerana kelayakan akademik, rekod kerja, perkembangan sejak PRU14 di mana calon dikemukakan telah dinafikan hak bertanding tidak adil dan mahkamah putuskan sau kesalah SPR melarang calon bertanding.

Timbalan Ketua Cabang Rembau dan Penyelaras Dun Rantau Dr S  Streram adalah seorang pakar bius dan kini menjadi konsultan di hospital swasta ujar Anwar lagi, diharapkan akan mendapat sokongan padu pengundi di Rantau.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Ketua Pemuda  PKR  Akmal Nasir

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 April ini sebagai hari mengundi bagi PRK Dun Rantau.

Hari penamaan calon pada 30 Mac sementara hari mengundi awal pada 9 April.

Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam pada 12 April ini.

Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari lalu, menolak permohonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 membabitkan
kerusi Dun Rantau adalah terbatal dan tidak sah.

Pada 16 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya Khas di Seremban memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau batal dan tidak sah.

Ini berikutan petisyen difailkan calon PKR, Dr. S. Streram pada 23 Mei untuk mencabar pengisytiharan kemenangan Mohamad yang dibuat SPR.

Dr. Streram, 63, memfailkan petisyen itu selepas beliau tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana tiada pas calon SPR.

Dr. Streram menamakan Mohamad sebagai responden pertama dalam petisyennya, diikuti Pegawai Pilihan Raya, Amino Agus sebagai responden kedua dan SPR sebagai responden ketiga.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan