Kerajaan Perpaduan UMNO Dan PAS ; Kenapa PH Tidak Perlu Risau.

Oleh Mohd Mukhlis Mohd Sharif

Umum tahu selepas 10 tahun, akhirnya hasrat TGHH hendak membentuk kerajaan perpaduan (UG) dengan UMNO telah tercapai. Tahun 2008-2015, penghalang terbesar UG adalah ATGNA dan selepas permergian ATGNA, jebon (Husam, Mat Sabu, Khalid Samad, Mahfuz) yang hendak bersama dengan Pakatan Rakyat semuanya telah di tendang dengan alasan hendak menjatuhkan kepimpinan Ulama. Yang terlibat dalam konspirasi ini ada 2 kumpulan, RTI dan Tanjung MAS.

Diantara 2 kumpulan ini, kumpulan Nik Abduh mengunakan dana dari UMNO dan satu lagi kumpulan Ustaz Zaharuddin tidak menggunakan duit UMNO. Tapi motif kedua2 kumpulan ini jelas iaitu ingin menjatuhkan jebon.

Saya sendiri pernah tanya kepada Dr Muhammad Atiullah dari Kumpulan Ustaz Zaharudin, apa hukum dia menjatuhkan jebon-jebon yang masih dalam jemaah masa itu kerana apa yang jebon2 itu sebut adalah benar. Nampaknya Dr Muhammad Atiullah juga penakut hanya mendiamkan diri. Dia suruh Nik Abduh bagi jawapan tentang audio sumpah nik abduh tetapi bila dia sendiri khianat pada jemaah dia tidak berani jawab. Dia bagi hadis pasal penerima rasuah, tapi hadis pasal memfitnah dah khianat jemaah dia buat-buat lupa. Soalan saya pada dia ada di bawah
----------------------------------------
Dr, Saya ada soalan. Bila Dr sendiri mengaku yang Dr cuba menjatuhkan jebon walaupun Dr tidak ambil dana UMNO.


1) Adakah tindakan Dr itu betul?
2) Bukankah itu sendiri bermakna Dr telah khianat Ahli parti sendiri?

3) Bukankah apa yang jebon2 tersebut claim akhirnya jadi kebenaran? 10 tahun TGHH cuba hendak bersama dengan UMNO, akhirnya berjaya juga semalam.

Kalau apa yang saya tulis ini benar, bila Dr hendak buat permohonan maaf pada Jebon2 yang Dr telah khianat dahulu?
----------------------------------------
That is beside my point. Kenapa PH tidak perlu risau?

Bila hendak membentuk kerajaan perpaduan, perkara yang paling penting ialah representative dalam kerajaan negeri. kalau di Kelantan, ada kem Mat Yaakub MB dan TMB Nik Amar. Adakah tuan-tuan fikir Nik Amar hendak kosongkan kerusi TMB dia nak bagi laluan pada UMNO jadi TMB atau pun nak lantik TMB ke dua? Itu semua kena buat melalui sultan dan dewan. Itu belum masuk 8 portfolio Exco yang sekarang ini di pegang oleh 2 kem PAS. kalau UMNO nak jadi Exo at least kena beri 2 kerusi Exco, siapa pulak yang hendak mengosongkan kerusi empuk Exco demi UMNO? Terengganu pun sama, Ada kem Teknokrat di bawah Menteri Besar Dr Sam dan satu kem lagi ulama, 11 kerusi exco paling kurang 3 exco kena bagi pada UMNO. Siapa yang nak kosongkan kerusi Exco? Yang lagi menarik, bulan April kelantan akan dapat royalti minyak yang di nafikan kan pada zaman BN ( tapi masih buat fitnah dan kata PH zalim). Adakah Tuan-tuan ingat bila dapat royalti tu lagi senang nak bahagi kuasa?

Bila PAS/UMNO kata mereka bersatu demi melayu dan islam, bagi saya itulah satu penipuan yang terbesar. Sedangkan dalam PH dahulu pun yang dah ada majlis presiden, nak finalize seat bertanding di selangor pun sampai 1 bulan sebelum pencalon baru clear, semua gara-gara kartel yang kemaruk kuasa but that is beside my point. My point is, takat nak cerita bersatu pada PRK itu boleh la, tapi kalau nak bersatu time PRU15 atau pun nak bagi kerusi exco, saya rasa jauh panggang dari api. Itu lah dia politik tuan-tuan, depan Tuan-tuan cerita pasal islam dan melayu, belakang tuan-tuan, sibuk duk pelahap jawatan , wang dan royalti. Tu belum cerita kalau mereka bersatu kelantan/terengganu tidak pembangkang, jadi tak ada check and balance. Kira sidang DUN pun boleh takat main ambil kedatangan lepas tu buat debat olok-olok sebab tidak pembangkang.

Kalau Perlis dan Pahang, UMNO mungkin ada possibility untuk bergabung sebab both state takda royalti minyak dan hutang pada tertunggak pada federal pun banyak, tapi untuk terengganu dan kelantan yang dapat royalti, saya sangat yakin PAS dan UMNO tidak akan bersatu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan