Jangan Pertikai Kuota Bumiputra !


Isu kuota pelajar di Kolej Matrikulasi sejak kebelakangan ni mula ‘diusik’ oleh segelintir pemimpin bukan bumiputera yang secara terang membantah tindakan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengekalkan kuota bumiputera di Kolej Matrikulasi.

Selaku pemimpin muda AMANAH Wilayah Persekutuan ingin saya ingatkan, tindakan tersebut seolah-olah cuba mencetuskan kemarahan orang Melayu dan tidak mustahil akan menyebabkan ketegangan di antara kaum.

Sepatutnya pemimpin dari kalangan bukan bumiputera perlu sedar objektif penubuhan Kolej Matrikulasi yang telah lama wujud iaitu untuk memberi lebih ruang pada Bumiputera untuk menyambung pengajian. Justeru, mempertikaikan kuota pelajar di Kolej Matrikulasi sepatutnya tidak berbangkit sama sekali!

Selaras dengan pemerintahan Malaysia Baru yang mempertahan hak Bumiputera
dan juga tidak menafikan hak kaum lain, keputusan yang dibuat oleh Dr Maszlee adalah tepat dan wajar disokong oleh semua pihak tanpa belah bahagi.

Saya ingin memberi amaran kepda pihak yang mempertikaikan perkara yang melibatkan hak Bumiputra supaya menghayati Perlembagaan negara berkaitan hak Bumiputera dan perlu akur dengan apa yang sudah termaktub.

ZULNAZMI ZULKIFLI
Exco Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan