Membilang nikmat pendidikan di era Kerajaan Malaysia Baharu

Oleh CIKGU NURUL ATIQAH AMANINA MASHUDI

Proses membaiki rumah usang yang hanya menanti saat menyembah bumi bukanlah suatu pekerjaan yang senang. Prosesnya juga mengambil masa yang lama. Sekarang, kerja-kerja pembaikan sudah setahun berlalu dan masih giat dijalankan. Begitulah menurut saya terhadap kerajaan Malaysia bharu yang berusia setahun tujuh belas hari ini.

Masih berbaki beberapa hari lagi sebelum 21 Mei 2019, genap setahun perlantikan Dr Maszlee dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Walaupun saya tidak pernah menduduki kelas yang diajar oleh beliau tetapi sebagai pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang berkongsi bumbung yang sama, saya merasa bangga dan gembira di atas perlantikan tersebut.

Keseronokan, kasih sayang dan hormat menghormati

Apa yang menarik perhatian saya diawal pengemudian beliau bersama Kementerian Pendidikan ialah memastikan tiga perkara iaitu keseronokan, kasih-sayang dan hormat-menghormati menjadi asas dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Saya percaya elemen tersebut memainkan peranan yang penting di dalam dunia pendidikan. Melalui permerhatian saya seorang guru yang baru setahun jagung di dalam dunia pendidikan, memang benar pelajar datang ke sekolah untuk belajar tetapi masih ada pelajar yang datang ke sekolah untuk mendapatkan perhatian sebelum menuntut ilmu dan ianya acapkali menguji kesabaran sebagai seorang guru.

Situasi ini juga sering dikaitkan dengan pelajar yang mempunyai motivasi belajar yang rendah dan masalah disiplin. Masalah ini dapat diatasi jika cikgu memandang murid dengan penuh kasih- sayang dan kasihan. Selami hati isi murid dan akhirnya percayalah murid akan menyerahkan diri untuk menuntut ilmu. Suka saya untuk memetik kata-kata dari Nicholas A. Ferroni, “Student who are loved at home, come to school to learn, and students who aren’t, come to school to be loved”.

Satu tahun, dua pencapaian sisi manusiawi

Mengikuti rapat perkembangan dunia pendidikan Malaysia, diantara 9 teras pencapaian KPM di bawah Pakatan Harapan ada dua pencapaian Kementerian Pendidikan yang hampir memenuhi kepuasan sisi manusiawi saya.

Yang pertama, manfaat untuk pelajar B40. Kitaran kemiskinan semamangnya kitaran kejam yang membunuh potensi pelajar. Bermula dari miskin kemudian terbantut tumbesaran kemudian kesukaran belajar dan kemudian akhirnya tercicir dari sekolah. Inilah kitaran yang sentiasa beputar jika tiada siapa yang sanggup memutuskan rantaian tersebut.

Langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan dengan memperuntukkan sebanyak 60 peratus tempat SBP kepada pelajar-pelajar keluarga B40 harus dipuji. Melihat situasi dan keadaan kemasukan ke SBP oleh anak-anak B40 tersenyum simpul di dada akhbar dan siaran berita di televesiyen, hati saya gembira dan sayu.

Yang kedua, perhatian penuh kepada OKU. Aksi Timbalan Perdana Menteri , Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunakan bahasa isyarat ketika menyanyikan lagu kebangsaan dan aksi Dr Maszlee menggunakan bahasa isyarat ketika siaran lansung Perutusan Perdana Menteri berjaya menarik perhatian warga maya. Aksi-aksi ni hanya akan menjadi romantisme jika tiada tindakan untuk membantu golongan oku.

Perjuangan pendidikan inklusif semakin mendapat perhatian dan tumpuan oleh KPM. Antara langkah yang diambil ialah usaha secara berperingkat menaik taraf sekolah di seluruh negara supaya lebih mesra OKU. Peruntukan sebanyak RM 200,000 akan dibagi kepada setiap sekolah bagi merealisasikan usaha ini.

Kepada Dr Maszlee dan pasukan, selamat maju saya saya ucapkan. Sebagai rakyat marhaen, saya akan cuba sedaya upaya berusaha menyambut baik usaha kerajaan lebih-lebih lagi di dalam dunia pendidikan. Saya mendoakan agar perjuangan menaik taraf pendidikan di Malaysia sentiasa berjalan dengan lancar dan diberi kekuatan, idea dan tenaga yang mencurah-curah.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan