Cadangan Sempena 17 Tahun Pemergian al Marhum Ustaz Fadzil Mohd. Noor

Oleh Muhaimin Sulam

1. Mewujudkan sebuah di Institut Kepimpinan Ustaz Fadzil Mohd. Noor bagi mengkaji kepimpinan beliau dan juga tokoh pemimpin lain. Institusi ini juga akan menjadi pusat penyelidikan yang setanding dengan universiti berperanan sebagai institusi penting dalam mengemukakan idea kenegaraan dan dasar kerajaan.

2. Bikin filem biografi Ustaz Fadzil Mohd Noor macam filem ‘Sang Murabi’ (2008), ‘Sang Pencerah’(2017), ‘Sukarno’ (2013), ‘Buya Hamka’ (2019) dan lain-lain oleh penerbit di Indonesia. Di Barat dan India mereka melambak buat. Filem ‘Gandhi’, ‘Che’, ‘Shahid - Baghat Singh’ dsb.

3. Terbitkan buku tentang Ustaz Fadzil Mohd Noor. Kali terakhir buku tentang al marhum terbit pada 2003, setahun selepas pemergiannya. Pak Subky Abdul Latif, tulis ‘Ustaz Fadzil Noor Dia Guru...Dia Kawan’. Itu saja.

Sudah jadi kerajaanpun, jika tidak mampu mengangkat sumbangan al marhum, lebih baik jadi parti pembangkang. Kerja parti pembangkang, baaaaaangkang saja.

Orang buat program mengenang Ustaz Fadzil Mohd Noor, ada suku yang marah tapi tak buat apa-apapun.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan