Sikap Kepuakan Dalam Keadilan

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sikap kepuakan dalam Keadilaan tampaknnya tidak mudah untuk didamaikan. Ia semakin menjadi dan lebih jelas lagi. Kedua-dua pihak seakan tidak dengar kata dan peduli apa yang akan berlaku lagi.

 Tampaknya kedua-dua puak mengambil sikap berpatah arang berkerat rotan di antara satu sama lain.

Isu video lucah Haziq ini menyerlahkan sikap berkenaan. Menjadi bala besar kepada Keadilaan.

Walaupun seruan dibuat oleh presiden mereka agar bertenang, tidak membuat apa-apa tindakan boleh meretakkan parti itu, tetapi sia-sia sahaja. Semacam semua pihak tidak dengar nasihat. Suara berbisa presiden tidak dihiraukan lagi. 

Kebimbangan saya sejak awal telah menjadi kenyataan. Semasa Rafizi Ramli mengumumkan barisan kepimpinannya sewaktu pemilihan parti itu lalu saya sudah membayangkan rasa bimbang apa akan berlaku dalam Keadilan. Pertandingan merebut jawatan antara Rafizi dengan Azmin akan meninggalkan kesan memporak peranda parti itu.

Hari ini ia sudah jadi kenyataan. Puak yang berada di sebelah Azmin membela Azmin dan menganggap Azmin difitnah dengan video Haziq itu.

 Merka tidak peduli lagi apakah video itu benar atau palsu tetapi Azmin harus dibela. Video menjadi perkara penting dan utama daripada menjaga maslahat kemenangan.

Penyokong Azmin galak melarikan isu video dengan mendesak agar dcari penyebar video itu dan sekaligus memecat Haziq daripada Keadilan.

Nampak sangat cara puak Azmin mempertahan Azmin tidak berdasarkan fakta. Mereka tidak pun persoalkan apakah video itu benar atau tidak.

Apabila polis sedang menyiasat mengenai video itu, sepatutnya puak Azmin tidak melakukan apa-apa dan tunggu hasil siasatannya. Mungkin mendesak Haziq itu dipecat kerana telah mencalarkan partinya dengan kenyataan beliau betul. Tetapi apa kata pula kalau puak di sebelah Rafizi mendesak agar dipecat sama Azmin berdasarkan pengakuan Haziq itu?

Saya tidak mahu bayangkan apa akan berlaku kepada Keadilan selanjutnya. Cuma hendak menyatakan sedih kepada kedua-dua pihak bertelagah.

Mereka sudah lupa jerih perit perjuangan bersama sebelum ini. Masa belum menang boleh sederap berjuang, tetapi setelah diberikan sedikit kuasa, mula menjadi anjing dan kucing berkekah.

 Ingatlah nasib dan kisah orang yang tidak bersyukur dan bongkok.

Rakyat seperti saya tentu kecewa dengan keadaan ini. Tentu ada yang kesal memberi kekemenangan kepada Keadilan (PH), yang tidak tahu menilai betapa mahal kemenangan itu.Sedih dan sedih. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan