Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, 'Akhbar Rakyat' cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan 'Akhbar Rakyat'.Berfikirlah dalam menerima apa jua maklumat. Äkhbar Rakyat" tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri Email :akhbarrakyat@gmail.com
Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, menyatakan kekecewaannya apabila beliau difitnah akan meninggalkan parti itu.
Lebih
dikesalkan, kata anggota parlimen Sembrong itu, fitnah tersebut
bukannya datang daripada pihak PH, sebaliknya disebarkan oleh orang Umno
sendiri.
“Saya sedih sebab tohmahan itu datang bukan saja daripada lawan, malah orang Umno sendiri tuduh saya macam-macam.
"(Kononnya) hendak pergi Bersatulah... api sampai sekarang saya masih Umno," katanya seperti dipetik Utusan Online.
Hishammuddin berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan Wanita Umno Kota Melaka di Melaka semalam.
Tidak
seperti kebanyakan pemimpin kanan Umno, selepas PH menguasai Putrajaya,
Hishammuddin kurang menonjolkan dirinya, malah hanya sesekali membuat
kemunculan atau memberikan kenyataan kepada media.
Pada 8 Julai lalu Malaysiakini
melaporkan Hishammuddin menasihati Umno agar tidak menunjukkan sikap
sombong dengan pelawaan Perdana Menteru Dr Mahathir Mohamad untuk
anggota parti Melayu menyertai Bersatu.
Mahathir ialah pengerusi Bersatu sekali gus pengerusi PH.
Rugi kalau berbalah
Kata
Hishammuddin mereka wajar mempertimbangkan pelawaan Mahathir tetapi
pada masa sama mengambil kira pandangan parti lain, termasuk dalam PH
sendiri.
Anak bekas perdana menteri ketiga Malaysia itu juga
berkata beliau mengambil sikap tunggu dan lihat reaksi parti lain dalam
PH berhubung pelawaan Mahathir itu.
"Saya ingatkan semua pihak (yang) dikaitkan dengan perpaduan umat Melayu: jangan takbur, jangan angkuh, jangan sombong
kerana orang sedang perhati termasuk pihak menawarkan kerjasama dalam
nak bincang kesatuan ummah yang penting (untuk) masyarakat Melayu,"
katanya.
Menurut Hishammuddin beliau adalah individu yang tidak boleh dijual beli sehingga dengan mudah memilih jalan tertentu.
“Kesetiaan saya kepada parti (Umno) adalah jitu, saya tetap ahli Umno walaupun tiada jawatan apa lagi.
"Saya bukan boleh dijual beli,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
September
tahun lalu juga, khabar mengatakan Hishammuddin akan meninggalkan Umno
bertiup kencang selepas beliau berjumpa Mahathir .
Bagaimanapun,
Hishammuddin menjelaskan pertemuan dengan Mahathir itu hanya bertujuan
mahu mendengar apa yang dirancang perdana menteri untuk masa depan
bangsa dan negara.
Sementara itu Hishammuddin berkata, Umno kini
berada pada tahap terbaik untuk memperkukuhkan parti kerana parti
kerajaan yang menghadapi pergolakan dalaman.
“Amat rugi kalau kita sesama parti yang berbalah. Masa sudah sampai untuk kita bangkit,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan