Bersatu - Sisa -Sisa Nasi Tambah Pas


 Oleh Fathi Aris Omar

Orang ramai, termasuk penyokong PN, sebenar-benarnya tidak faham bagaimana PAS mengecilkan sekutunya Bersatu.

Jadi ada orang PN berhujah, padanlah Bersatu dapat 3 kerusi exco Kedah sahaja sebab ia menang 11 kerusi sahaja! PAS layak dapat 6 exco kerana menang 21 kerusi di Kedah. Konon nak tunjuk PAS ini baik. Sekali dengar, bunyinya cantik dan kemas. Tetapi jika kita selidik lebih teliti kedudukan kerusi pada 2018 dengan PRN 2023, gambarannya berbeza sama sekali.

Malah, jelas sekali, PAS menyisihkan Bersatu. Parti TS Abdul Hadi Awang meminggir parti TS Muhyiddin Yassin seperti butiran di bawah:

Terengganu (32-0): PAS 27 Bersatu 1/5
2018: 22-32
2023: PAS 27, Bersatu 5
Kelantan (43-2): PAS 38 Bersatu 1/5
2018: 37-45
2023: PAS 39, Bersatu 6
Kedah (33-3): PAS 21 Gerakan 1 Bersatu 3/11
2018: 15-36
2023: PAS 21 Gerakan 3 Bersatu 12

Kita ambil contoh di Terengganu. Pada PRU 2018, PAS menang 22 daripada 32 kerusi. Sepuluh lagi dikuasai BN.

Tetapi parti itu tidak mahu beri banyak kepada sekutunya. Jadi daripada 10 itu, Bersatu dapat lima sahaja. Lima lagi disapu PAS!

Ertinya separuh yang berpotensi menang itu ditelan oleh PAS dahulu. "Sisa-sisa nasi tambah" inilah yang diserahkan kepada Bersatu.

Daripada "sisa-sisa nasi tambah" PAS inilah Bersatu menang lima kerusi. Maka itu, dapatlah jawatan ihsan 1 exco negeri di Terengganu. Nampak? Begitulah juga di Kedah. Asalnya PAS menang 15 daripada 36 kerusi. Kemenangan ini jauh panggang daripada api pemerintahan.

Maka ia mengembangkan lagi kerusinya kepada 21 supaya ia boleh memerintah sendiri. Jika berlaku apa-apa krisis dengan Bersatu, PAS tetap tegak tanpa perlu menopang sekutunya. Nampak?

"Sisa-sisa nasi tambah" PAS itu diserahkan kepada Bersatu (12 kerusi) dan Gerakan (3), termasuk kawasan yang tidak selamat dan berisiko tewas.

Maka PAS senang-lenang goyang kaki dengan kemenangan mutlak, 21 kerusi. Maka atas ihsan PAS, dapatlah Bersatu merasa 3 kerusi exco.

Mujur! Kena banyak bersyukurlah, Bersatu 🙂 Kerana penguasaan PAS Kedah belum mutlak, tidak seperti Kelantan dan Terengganu, dapatlah sekutunya merasa nikmat "sisa-sisa nasi tambah" itu.

Di Kelantan lagi melampau, macam juga "sisa-sisa nasi tambah" PAS di dua lagi negeri, Bersatu bertanding 6 kerusi sahaja!

Asalnya, pada 2018, PAS sudah menang 82.22 peratus kerusi (37 daripada 45) tetapi ia makan 2 lagi nasi tambah, Bersatu makan sisa 6 kerusi.

Nampak? Dua kerusi itu pun PAS tibai! Dek kemaruk tergila-gila hendak jadi PM, Muhyiddin pun cakap "PAS bukan big brother", rela parti dibuli PAS 🙂 Di Terengganu, keputusan PRU 2018, PAS sudah menguasai 68.75 peratus kerusi (22 daripada 32). Tidak cukup. Ia telan lagi 5 kerusi, penguasaan hingga 84.37 peratus!

Kelantan yang hendak mendahului dua lagi negeri PAS, akhirnya Tuhan beri 84.44 peratus kerusi (38 daripada 45), tewas di Kota Lama secara mengejut. Maka beranglah MB atas kehilangan Galas dan Kota Lama itu, dua kerusi yang "menolak pejuange Isle".

Hok moleknyo, kalu buleh pejuange Isle diyo tu 100 peratuh, bulak mace bule jugok! Bulak macang Ganu jugok, 32-0.

CORETAN LEPAS:

Cara PAS lumpuhkan Umno, 1990 hingga 2023

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=7288028917880258&id=100000196668329&mibextid=9R9pXO

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan