Kelantan syok sendiri gelar negeri Islamik: Husam

KOTA BHARU - Pakatan Harapan (PH) Kelantan menyifatkan tanggapan Pas dengan meletakkan Kelantan sebagai negeri Islamik umpama ‘syok sendiri’.

Pengerusinya, Senator Datuk Husam Musa berkata, tidak ada keadaan yang boleh menggambarkan Kelantan sebagai negeri yang lebih Islam berbanding negeri lain
.
Menurutnya, tiada ukuran atau indeks petunjuk prestasi (KPI) yang boleh menyokong kenyataan itu.

“Jika dinilai berdasarkan jumlah kehadiran jemaah anak muda dan aktiviti di masjid-masjid di Kuala Lumpur, ia lebih meriah.

“Kalau lombong arang, pembalakan berleluasa dan anak syarikat kerugian kerana gagal urus tadbir, ia bukan Islamik,” katanya pada sidang akhbar Hari Ibu Bapa Kelantan, di sini hari ini.

Majlis yang dianjurkan bersama Lembaga Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kelantan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Persatuan Kebajikan Prihatin Negeri Kelantan (Prihatin) ini turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Rahmah (Mawar) Yadim, Dr Hafidzah Mustakim.

Dalam pada itu, Husam berkata, bukan sahaja disifatkan sebagai syok sendiri malah, tahap kebersihan di negeri yang dikatakan berimej Islam masih tidak memuaskan berbanding negeri lain.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu berkata bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob Ahmad yang menganggap kejadian empat remaja perempuan memijak al-Quran memberi tempias kepada pemerintahan kerajaan Islam di Kelantan.

Ahmad berkata, ia menjadi cabaran dan ujian besar dalam usaha kerajaan Kelantan membangun bersama Islam.

Katanya, ia tidak sepatutnya berlaku di negeri ini ketika kerajaan negeri berusaha melahirkan anak muda yang bermaruah dan berakhlak.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan