POLIS mengenalpasti dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video
seks dikaitkan dengan seorang menteri, kata Ketua Polis Negara Abdul
Hamid Bador.
Siasatan mendapati wujud konspirasi pakatan tertentu dalam pembikinan
itu untuk menjatuhkan seseorang, katanya seperti dilaporkan Bernama.
Beliau tidak menolak kemungkinan individu berkenaan yang sudahpun ditahan itu termasuk ahli parti politik dan NGO.
“Siasatan kes ini tertumpu kepada dua siasatan, iaitu kami menyiasat
mereka yang terlibat dalam pembikinan video itu dan mereka yang
menyebarkan video berkenaan.
“Dalam kes ini, kami kesan terdapat wujud konspirasi dan pakatan pihak
tertentu dalam pembikinan dan penyebaran video seks yang dikaitkan
seorang menteri, untuk menjatuhkan seseorang,” katanya seperti dipetik
Bernama.
Video berkenaan tersebar pada pertengahan Jun lalu.
Susulan itu, bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdul Aziz tampil mendakwa sebagai pelaku dalam rakaman berkenaan.
Beliau juga mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali sebagai seorang lagi pelaku dalam video berkenaan.
Azmin menafikan dakwaan terbabit dan menyifatkannya sebagai fitnah jahat untuk menjahanamkan kerjaya politiknya.
Pada 3 Julai lalu, Haziq yang dipecat dari PKR serta merta kerana melanggar kod etika sebagai anggota parti.
Dalam pengakuannya, sehari selepas tersebar rakaman seks dua lelaki,
Haziq turut menggesa agensi anti rasuah menyiasat Azmin yang didakwanya
tidak layak menjadi pemimpin kerana korup.
Tuduhan itu juga dinafikan Azmin.
Haziq sebelum ini dipecat dari jawatan setiausaha sulit kanan kepada
Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang juga
ketua penerangan PKR
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan