Hairan, Hilang Dan Lenyap Suara Suara Panglima PH

Oleh Md Zulaimi Kazin

Sejak menang dan jadi kerajaan, nampaknya pemimpin2 yg lantang berpidato sakit tekak semuanya. Mereka lebih enak berbicara pasal kementerian masing2 dan bisu dari menjawab segala tohmahan.

Mengapa pembangkang menggunakan isu perkauman dan agama sekarang ini sebab itulah cara yg paling mudah untuk tarik perhatian rakyat.

Diawal pemerintahan, bila kita berjaya dedahkan segala kemungkaran dalam pentadbiran kerajaan yg lepas rakyat mula terkejut dan rasa lega dan bernasib baik kerana berjaya selamatkan negara. Isu 1MDB, FELDA, TH, MARA dan lain2 berjaya membuka mata rakyat bahawa mereka membuat keputusan tepat menolak BN dalam PRU14 lepas.

Namun bila pembangkang menggunakan strategi perlauman dan agama, anti cina ditukarkan kpd anti cina DAP, maka rakyat mulanya keliru dan akhirnya berjaya diheret bersama mereka bila mereka berjaya menyemarakkan isu2 ini tanpa dipintas oleh pemimpin2 PH.

Hanya Anwar shj yang nampak mengambil posisi jumpa rakyat menjelaskan isu dan mencari jalan supaya isu yg dibangkit reda dan tenang kembali.

Pemimpin2 Amanah yg turun merasmikan mesyuarat2 Amanah nampaknya tidak banyak menjelaskan isu dan menyerang pembangkang (tiada dlm berita) sepatutnya mereka ambil posisi mereka sblm ini berpidato (itu pun kemahiran yg ada) memahamkan rakyat bhw isu perkauman yg dibawa oleh pembangkang supaya rakyat lupakan apa yg UMNO sdh buat pd negara ini.

Jangan turun bersalam dan berselfie saja. Ahli bawahan pun tak larat dah nak menjawab dalam media sosial, sekurang2nya kepakaran pemimpin mengupas isu itu kami hanya viralkan di media sosial.

Kita tiada kemahiran untuk menjawab dan menerang isu.

Mana JELAJAH PIMPINAN PH spt yg dijanjikan untuk dibuat setiap bulan?

 Rupanya jelajah pertama PH di Alor Setar dulu juga dah jadi jelajah terakhir...

 Hilang sudah bisa yg ada pada pemimpin PH, suaranya terjerut ditali leher berwarna merah.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan