Saya jarang ambil tahu tentang hal ehwal ahli-ahli politik kebelakangan ini, tetapi hari ini ada berita yang menyayat hati.
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, setelah hilang kerusi empuk di Putrajaya, kini bangku kayu di kandang tertuduh menyebabkan punggung Dato’ Seri Najib diberitakan sakit.
Dalam hal ehwal berkenaan kandang, saya banyak cerita lama. Kandang
lembu pun saya pernah lawati, kandang tertuduh sudah jadi mainan.
Dato’ Seri Najib bernasib baik kerana dilayan baik tidak seperti kami ahli politik pembangkang di zaman beliau berkuasa. Beliau tidak perlu berkaki ayam, tidak perlu digari dengan rantai dengan tertuduh lain dan berjalan berangkai-rangkai, tidak perlu memakai pakaian seragam lokap berwarna ungu.
Turun naik mahkamah dan berada di kandang tertuduh adalah asam garam anak politik di zaman ini. Saya pasrah semasa saya melaluinya kerana itu jalan yang saya pilih.
Walaupun saya tidak mencuri satu sen pun duit rakyat dan berkaki ayam kerana mendedahkan skandal pencurian wang rakyat, saya tidak pernah membantah bila dikenakan gari dan berkaki ayam.
Bila duduk di dalam kandang tertuduh, saya berasa lega dan tidak pun bimbang kerana saya tahu saya tidak bersalah.
Kalau pun tidak selesa di dunia, In Sha Allah selesa di akhirat.
Walaupun saya menghargai lawak demi lawak yang terbit dari beliau kebelakangan ini, sewajarnya Dato’ Seri Najib tidak perlulah mengadu soal remeh seperti punggung beliau sakit akibat bangku yang keras.
Teruskanlah berjuang untuk rakyat seperti yang bahan kempen jajaan beliau sekarang. Harapnya dapat menebus kembali segala masalah yang dibebankan kepada rakyat semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.
Bersabarlah Dato’ Seri Najib, kami yang jadi pembangkang dahulu lebih teruk dugaannya.

0 comments:
Catat Ulasan