Pusingan U Lynas; dedah mesyuarat Kabinet, seru Pemuda DAP

KUALA LUMPUR, — Minit mesyuarat Kabinet perlu didedahkan selepas kerajaan melonggarkan syarat kepada Lynas Corp, kata Pemuda Sosialis DAP (Dapsy).

Naib ketuanya berkata kerajaan harus memberikan ruang agar rakyat memahami asas keputusan dibuat dan pendirian setiap ahli Kabinet.

“Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat pusingan U dalam isu Lynas, mereka bertanggungjawab menjelaskan kepada pengundi.

“Mengikut prinsip ketelusan dan akauntabiliti, kerajaan mesti mendedahkan minit mesyuarat dan pendirian menteri kepada umum,” kata Chiong Yoke Kong.

Kerajaan pada Rabu menggugurkan syarat agar Lynas menghantar sisa penulenan air larut lesap (WLP) keluar negara.

Syarikat itu dibenar mencari loji pelupusan kekal dan permit operasi dilanjut selama enam bulan yang sepatutnya berakhir 2 September.-Malay Mail
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan