Takziah buat kawan2 di Utusan: Ramalan 10 Tahun Dulu Jadi Kenyataan

Oleh Norman Liverpool

Dlm satu artikel 10 tahun dahulu saya pernah meramalkan, jatuhnya BN/ UMNO maka tutuplah akhbar Utusan Malaysia. Bukan ahli Nujum tapi ramalannya sgt kerana akhbar ini mengharap subsidi dari BN/UMNO.

Berat rasa hati hendak menulis mengenainya memandangkan ramai kawan2 saya dan ada juga bekas wartawan saya berkhidmat di akhbar tersebut. Bukan niat mengatakan 'padan muka' tetapi sifat akhbar ini lebih bersifat kepartian yg membuatkan saya menulis 10 tahun dahulu matinya UMNO matilah UTUSAN.

Bagaimanapun faktor penutupan Utusan sebenarnya bukanlah kerana kekalahan UMNO semata mata tetapi didorong faktor semasa... di mana surat akhbar sudah tidak diminati lagi utk dibaca dan diganti medial sosial telah mempercepatkan lagi ajalnya.

Jangan kata org lain, dahulu org lain breakfast tetapi saya 'breakslow' dgn mengambil masa hampir 2 jam semata mata sambil makan nasi lemak mata membelek belek 5 akhbar. Kini satu akhbar pun saya tidak beli.

Cuma Utusan menjadi akhbar pertama ditutup mengikut ramalan saya kerana penglibatannya dlm menjadi suara kpd BN atau UMNO sendiri. Hingga akhbar ini sering tewas berjuta juta ringgit dlm perbicaraan mahkamah angkara saman fitnah.

Ramalan saya 2025 hanya satu akhbar Inggeris dan akhbar Melayu yg masih boleh bertahan utk seketika. Kemungkinan akhbar tersebut ialah Star dan Sinar Harian. Ini kerana Star walaupun ia dimiliki oleh MCA ia tidak bersifat kepartian. Ia membenarkan berita parti pembangkang dimuatkan. Malah wartawan dan editor tidak prejudis dlm berita yg dimuatkan.

Faktor Sinar Harian pula ialah kepercayaan rakyat bahawa akhbar ini bersifat 'neautral'. Sikap berani arwah Dato Fikri dan Dato Dr Hussamudin membuahkan hasil. Ramai orang tidak tahu betapa siksanya menghidupkan lesen akhbar saban tahun terutama apabila akhbar yg byk memberi ruang kpd pembangkang muncul di akhbar tersebut.

Berbalik kisah Utusan, jika ikutkan hukum perniagaan sudah lama akhbar ini patut memberhentikan operasinya. Ini kerana sumber kewangan Utusan sudah lama tidak mampu menampung kos operasi.

Akhbar ini menjadi akhbar yg paling tidak dipercayai beritanya atau dlm maksud lain yg paling dibenci oleh rakyat Malaysia selain daripada ahli UMNO.Ia juga sering menjadi akhbar yg dipulaukan oleh parti2 pembangkang.

Bila Utusan tiada sumber dana bantuan atau tajaan... maka pasti ia yg pertama atau bahasa kasar melingkup.

Sebab Utusan dahulu survive bukan kerana jualan atau pendapatan iklannya tetapi dana bantuan dari parti memerintah yg sumbernya kita pun tidak pasti. Ramai juga org Melayu bersedih termasuk saya.

Tapi kesedihan saya bukan kerana sejarah kewujudannya sejak tahun 1939 tetapi kerana rakan2 saya ramai di sana menjadi mangsa keadaan.

Tapi org Melayu mesti menerima hakikatnya. Adalah terlalu bodoh utk kerajaan sekarang PH yg masih dihentam oleh Utusan utk menyelamatkan akhbar ini.

Kadang2 Editorial patut menuding jari kepada sidang meja politiknya yg berlebih lebihan menyokong BN walaupun selepas setahun BN ditewaskan.

Fitrahnya, mana2 kuasa yg menyalah gunakan kuasa sepertimana Firaun, Marcos dan lain2nya hanya akan menjadi bahan sejarah.

Buat rakan2 di Utusan tabahkan hati. Bumi Allah ini kaya dan percayalah rezeki ada di mana2. Janji kita berusaha.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan