Perkataan ‘neraka’ tidak merujuk mana-mana parti

Pejabat Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri  menerusi satu kenyataan malam ini, menegaskan, perkataan ‘neraka’ yang disebut menterinya, Datuk Seri Dr Mujahid tidak merujuk kepada mana-mana parti.

Sebaliknya perkataan itu bermaksud, konsep Rahmatan Lil Alamin bukan satu pertandingan atau persaingan terhadap Perpaduan Ummah, kerana perkara itu boleh menyebabkan pergeseran yang membawa ke neraka, bukannya ke syurga.

“Merujuk laporan Utusan Malaysia bertajuk ‘Syurga, neraka bukan dia punya’ bertarikh 21 September 2019 yang memetik kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, telah menyelar Dr Mujahid kononnya beliau menggambarkan penyatuan ummah oleh Umno dan Pas sebagai ‘perlumbaan ke neraka’.

“Kenyataan yang dibuat timbalan presiden Umno itu hanya merujuk tajuk berita yang belum disunting oleh The Malaysian Insight.

“Sebagai makluman, tajuk ‘Tak perlu berlumba dengan Pas-Umno untuk ke neraka’ telah pun disunting oleh portal berita berkenaan, kerana ia bukan sahaja tidak tepat malah tidak menggambarkan konteks keseluruhan kenyataan yang dibuat Menteri Agama (Dr Mujahid).

“Dasar Rahmatan Lil Alamin merupakan satu konsep yang membawa manusia supaya berbaik-baik, bersaudara, dan bantu membantu untuk kebaikan, dan bukannya membina pertandingan, persaingan, perseteruan, kebencian, dan permusuhan yang membawa ke neraka.

“Orang ramai yang menggunakan isu ini diharapkan agar tidak lagi memetik tajuk berita yang tidak tepat,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan pejabat menteri itu juga turut melampirkan  transkrip soalan dan jawapan berkaitan perkara tersebut:

Soalan: Bagaimana konsep Rahmatan Lil Alamin dapat menyaingi atau menandingi Perpaduan Ummah yang dibawa oleh Umno dan Pas?

Jawapan: Ia bukan pertandingan (antara konsep Rahmatan Lil Alamin atau Perpaduan Ummah). Minta maaf. Ia tentang satu dasar yang mahu negara ini move forward.

Saya tak ada hasrat dan keinginan langsung untuk menyaingi perkara yang bagi saya pertandingan (yang boleh membawa) ke neraka. Saya nak pertandingan ke syurga. Not race to the bottom but race to the top. And this is not the way to race to the top.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan