Kerajaan
Pakatan Harapan (PH) berpegang kepada prinsip peraturan undang-undang
di mana pihak eksekutif tidak pernah mencampuri urusan serta persidangan
mahkamah.
Oleh itu tidak tidak timbul soal ada pihak kerajaan campurtangan
dalam kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ketika menegaskan hal itu, beliau berkata keputusan mahkamah haruslah
dihormati semua pihak dan sesiapa pun yang dipanggil untuk membela
diri, masih memiliki ruang kerana ia adalah proses yang mesti dilalui
semua pihak.
“Saya melalui proses yang sama puluhan tahun tapi biarlah mahkamah
yang menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak,” katanya
ketika ditemui pemberita di lobi parlimen pada Selasa.
Sebelum ini media melaporkan ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor
Adam mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir campur tangan dalam kes
membabitkan Najib.
Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang
memerintahkan Najib membela diri terhadap kesemua tujuh pertuduhan
menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd..
– BERNAMA
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan