Mana Ada Kejujuran Dalam Politik?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Dr Mahathir mahu kekalahan parah PH di Tanjung Piai dibuat post mortem secara menyeluruh dan jujur.

 Saya rasa perkataan "jujur" itu patut dibuang sebab dalam dunia politik tidak ada siapa yang akan jujur.

Kejujuran dan keikhlasan tidak pernah ada dalam politik termasuk diri Dr Mahathir sendiri.

Untuk mempertahankan diri masing-masing dan tidak mahu memikul tanggungjawab atas kekalahan itu, elok post mortem Pirake Tanjung Piai itu dilakukan secara munkar melindungi keadaan sebenar demi selamatkan diri. 

Semangat post mortem itu pun perlu dilakukan dengan semangat biar aku (diri) selamat, jangan pedulikan parti.

 Mengenai nasib dan masa depan parti biarlah penyokong bawahan yang pandir tetapi ikhlas yang memikulnya.

Macam orang parti Pamlah, yang akan masuk syurga ialah penampal posternya bukan pemimpin sebab mereka lebih ikhlas, tulus dan pandir mengikut apa yang dihukumkan. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan