Pakatan Harapan (PH) perlu menyemak
segera pelaksanaan pembaharuan yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, khususnya yang terkandung dalam Buku
Harapan.
Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata
demikian sebagai reaksi terhadap kekalahan PH pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) Tanjung Piai pada Sabtu lalu.
“Ini akan menjadi agenda pertama DAP dan Pakatan Harapan selepas PRK Tanjong Piai,” katanya.
Calon Barisan Nasional, Wee Jeck Seng menewaskan calon PH, Karmaine Sardini dan empat pencabar lain dengan majoriti 15,086 undi.
Sementara itu, mengulas perkara yang
sama, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata PH akan berusaha merapatkan
kepemimpinan dalam kalangan parti komponen.
“Keputusan itu juga menuntut kerajaan
PH agar terus memperbaiki pemerintahan agar segala usaha dan inisiatif
yang dilaksanakan dapat dirasai oleh rakyat.
“Di samping itu, kami juga akan
berusaha merapatkan saf kepimpinan antara parti-parti dalam PH dan pada
masa yang sama mempergiatkan lagi program-program penerangan kepada
rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyeru agar PH mengambil pengajaran dan iktibar atas kekalahan tersebut.
“Kita juga harus berusaha menanam
keyakinan rakyat terhadap dasar yang dibawa oleh PH dengan usaha positif
melaksanakan janji,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Karmaine seperti
dipetik media berkata beliau menerima keputusan yang dibuat rakyat
walaupun tidak berpihak kepada PH.
“Keputusan sudah ada. Saya rasa saya reda dengan apa yang berlaku
“Saya rasa orang Tanjung Piai sudah buat pilihan dan kita kena terimalah,” katanya
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan