Anwar gesa Dong Zong dan semua pihak kembali berbincang

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim mahu semua pihak termasuk Dong Zong kembali ke meja rundingan menjelang kongres bantahan pengajaran Jawi di sekolah vernakular pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan hari ini, ahli Parlimen Port Dickson itu memberi amaran bahawa kontroversi yang melingkari gerakan itu boleh mencetuskan sentimen politik dan perkauman.

“Penganjuran sidang anti-Jawi akan mengundang reaksi sidang pro-Jawi,” katanya merujuk pada perhimpunan 28 Disember yang dianjurkan oleh Dong Zong.

Anwar menyeru Dong Zong dan kumpulan lain termasuk organisasi Melayu agar tidak mengadakan sebarang acara, tanpa mengira sama ada ia pro atau anti-Jawi.

Beliau juga mengingatkan bahawa Jawi adalah sebahagian daripada khazanah budaya bangsa.

Beliau berkata bahasa kebangsaan Bahasa Melayu pada asalnya ditulis dalam skrip bahasa Arab yang kemudian diubah suai menjadi Jawi.

Anwar berkata ia harus diambil sebagai contoh menyemarakkan kesedaran lintas budaya.

“Malaysia kekal sebagai negara pelbagai kaum dan budaya; dan kita harus berbangga dan menghormati kepelbagaiannya,” katanya

“Keutamaan bidang pendidikan adalah ke arah peningkatan mutu pelajaran,” katanya.

Keputusan kumpulan pendidikan Cina untuk mengadakan perhimpunan di Kolej New Era di Kajang mencetuskan amaran daripada beberapa ahli politik termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir memberi amaran kepada Dong Zong kedegilan tindakan untuk mengadakan perhimpunan itu boleh membawa kepada kesan lain, seperti kumpulan pendesak Melayu membangkitkan semula gesaan mereka agar sekolah vernakular ditutup.

Sementara itu, pemimpin PAS Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri baru-baru ini memberitahu Dong Zong agar tidak meneruskan rancangan mengadakan kongres membantah pengenalan modul Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Khairuddin juga menyeru polis untuk campur tangan dalam rancangan kumpulan bagi menghalang kejadian yang serupa dengan rusuhan kuil Seafield pada 2017 daripada berlaku.

Satu lagi kumpulan yang dikenali sebagai Pasukan Tindakan Gabungan Seni Khat (Sekat) hari ini berkata ia akan mengadakan kongres kebangsaan Jawi pada 29 Disember untuk memberi tekanan kepada Kementerian Pendidikan mengenai pengenalan modul Jawi dalam sukatan Bahasa Melayu serta bagi mencapai konsensus mengenai perkara itu











Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan