AWAN mahu Dr Mariah dan empat lagi pimpinan wanita mengisi JK pimpinan pusat

Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional mahu bekas Ketua AWAN Dr Siti Mariah Mahmud dan empat lagi pimpinan wanita bagi mengisi barisan 27 Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional bagi sesi 2019-2022.

Ketua AWAN Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata, keputusan itu diambil oleh Jawatankuas Pimpinan AMANAH Nasional dalam mesyuarat yang berlansung pada 1 Disember lepas.

“Dalam Konvensyen Awam lalu perwakilan secara sebulat suara bersetuju bagi menamakan Dr Siti Mariah Mahmud sebagai pimpinan wanita yang akan mengisi salah satu jawatan Naib Presiden AMANAH.

“Ia adalah daripada dua orang Naib Presiden yang akan dilantik salam mesyuarat Jawantankuasa Pimpinan AMANAH Nasional yang akan datang,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Wisma AMANAH hari ini.

(kiri) Mariam Abdul Rashid  antara empat calon wanita yang dicadangkan kepada perwakilan untuk mengisi 27 kekosongan JKP Amanah Nasional yang hadir dalam msidang media diadakan hari ini.
Seramai empat lagi nama yang disenaraikan sebagai calon untuk mengisi jawatankuasa pimpinan AMANAH puast ialah dan Naib Ketua AWANAida Yusuf Rawa, Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor, Mariam Abdul Rashid, Norhayati Bidin dan Norwani Ahmad.

Athirah memberitahu Awam menawarkan sekurang-kurangnya dua orang lagi pimpinan wanita untuk  berada dalam pasukan Jawatankuas Pengurusan Tertinggi AMANAH Nasional.

“Ia bagi membantu dalam urusan pentadbiran Wisma Amanah Negara. Kita yakin dan percaya berdasarkan kemahiran dan komitmen tinggi yang dimiliki oleh calon-calon.

” Kita akan dapat memastikan urusan pentadbiran parti berjalan lancar denan lebih efektif dan sistematik.

“Dengan komitmen calon-calon kita nanti akan dapat membantu kelancaran pengurusan parti dipelbagai peringkat.

“Kita tahu bagaimana parti menghadapi krisis 655 cawangan luput tarikh menyebabkan berlakunya pemulihan semula di peringkat parti, kawasan, negeri dan sayap untuk kali yang kedua
“Kita menawarkan sekurang-kurangnya dua orang yang mahir dalam pentadbiran dan pengurusan parti politik untuk berada di Wisma Amanah itu,” ujarnya.

Kata Athirah lagi, dengan lima calon wanita itu ia tidak menjadi halangan kepada perwakilan agar dapat memilih sebagai tanda pengiktirafan kepada golongan wanita dalam kepimpinan politik tanahair.

“Sekiranya ada lima daripada 27 senarai calon Jawatankuasa AMANAH Nasional hanyal bersamaan 18.5% daripada keseluruhan yang akan dipilih pada konvensyen 2019 ini.

” Ia hanya satu permintaan yang kecil, hanya lima orang daripada 27 calon  yang kita minta…takanlah  perwakilan parti AMANAH yang progresif ini tidak boleh memilih kami,” ujarnya yang berkata maklumat mengenai calon-calon AWAN ini akan diedarkan masa Konvenyen AMANAH Nasional yang akan  bermula pada 6-8 Disember .

Dalam sidang media diadakan ini turut hadir  Mariam Abdul Rashid dan beberapa pimpinan AWAN.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan