Mufti seru umat Islam di Melaka solat hajat mohon masalah air pulih

MELAKA, 30 Jan — Umat Islam di Melaka digalakkan untuk melaksanakan solat sunat hajat bagi memohon hujan agar masalah kekurangan bekalan air di Melaka segera pulih, kata Mufti Negeri Melaka Datuk Abd Halim Tawil.

Beliau berkata solat sunat hajat itu juga boleh dibuat bagi memohon Melaka dan negara ini terhindar daripada 2019 Novel Koronavirus dan wabak penyakit berjangkit lain serta dijauhkan daripada musibah yang tidak dijangka.

“Pada masa yang sama semua surau dan masjid di negeri ini juga disyorkan untuk mendirikan solat sunat hajat dan berdoa secara berterusan sehingga keadaan pulih seperti biasa, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata solat sunat hajat boleh dilakukan setiap kali selepas waktu solat fardu kecuali masjid atau surau berkenaan mempunyai aktiviti lain. — Bernama
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan