Pemberian wang terbuka adalah program sedekah di masjid - SPRM Sabah

KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) Sabah mendapati gambar yang tular memaparkan Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi wang secara terbuka merupakan sebuah program sedekah di masjid pada 3 Januari lalu di Sandakan.

SPRM Sabah dalam satu kenyataan pada Selasa memberitahu, kejadian tersebut adalah bersempena dengan program Pecah Tanah Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan dan bukannya di Kimanis.
“SPRM Sabah telah menerima maklumat daripada orang awam dan telah membuat siasatan awal berhubung isu tersebut.

“Kejadian itu merupakan program sedekah kepada orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Datuk Pangeran Galpam Sandakan yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah,” katanya.
Ia sekali gus menafikan dakwaan Mohd. Shafie memberi wang secara terbuka sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Terdahulu, Mohd. Shafie melahirkan rasa kecewanya kerana perkara itu dipesongkan pihak tertentu dengan mengaitkannya mengenai kempen PRK Parlimen Kimanis.

Beliau turut memberikan penjelasan, insiden itu dipercayai dirakam pada 3 Januari lalu ketika menghadiri acara perasmian pembesaran Lapangan Terbang Sandakan yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Mohd. Shafie pada masa sama turut dilemparkan tuduhan daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sedang berkempen di Kimanis mendakwa beliau gagal membangunkan Sabah ketika memegang potfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar suatu ketika dahulu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan