Dilema Kerajaan Pimpinan PM Ke 8

Oleh Hayar Hassan

Hari ini genap lah 20 hari YAB Tan Sri Mahyuddin Yassin(TSMY) bergelar Perdana Menteri(PM) Ke 8. Selepas kemenangan Pakatan Harapan(PH) dalam PRU 14 lalu, PM ke 7 adalah YAB Tun Dr Mahathir Mohamad(TM). Rakyat diberitahu bahawa YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) akan menjadi PM ke 8 selepas TM melepaskan jawatan PM.

Begitu lah taqdir Allah SWT, manusia hanya boleh merancang, tetapi akhir nya qada’ dan qadar Allah SWT mengatasi semua nya. Kita sekadar boleh berdoa dan berharap saja.

Apa pun, banyak penganalisa politik dan orang ramai telah memberikan begitu banyak sekali ramalan dan pandangan terhadap kemampuan Kerajaan TSMY bertahan sehingga habis penggal Parlimen ini.
Parlimen yang ada sekarang ini dijangka mesti bubar menjelang November 2023, sekitar tiga tahun lagi.

Umum mengetahui bahawa nama Kerajaan Malaysia yang ada sekarang belum dinamakan secara jelas dan terang seperti sebelum nya. Semenjak merdeka, nama-nama Kerajaan yang memerintah Kerajaan Pusat Malaysia, menurut urutan adalah gabungan Kerajaan-Kerajaan Perikatan, Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Harapan(PH). Dari sudut pengurusan politik gabungan Kerajaan-Kerajaan tersebut mempunyai Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari dan lain-lain Ahli Jawatan Kuasa. PH menggunakan istilah Majlis Presiden sebagai badan tertinggi nya.

Semasa menyertai sebarang PRU atau PRK, gabungan tersebut menggunakan satu logo sahaja. Ini adalah untuk memudahkan pengundi untuk membuat pilihan semasa pilihan raya.

Kelihatan nya Kerajaan yang ada sekarang ini, tidak mempunyai struktur seperti di atas secara resmi nya. Apa tah lagi logo nya. Ada setengah pihak menyatakan nya sebagai Kerajaan Perikatan Nasional(PN). Ada pula yang menamakan sebagai gabungan Maufakat Nasional(UMNO+PAS) bersama PPBM@Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak(GPS). Namun demikian, seingat saya ianya belum dimuktamadkan dan diistiharkan. Sampai sekarang, kita tidak dimaklumkan siapa kah Pengerusi , Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari dan AJK nya.

Yang termaklum, Perdana Menteri nya adalah YAB TSMY yang telah mendapat perkenan oleh Duli Yang DiPertuan Agong(DYDPA) untuk menjawat jawatan Perdana Menteri ke 8. Setelah itu baru lah senarai kabinet dipersembahkan untuk perkenaan DYDPA. Banyak pihak berpandangan, gabungan ini terlalu rapoh , longgar dan belum diuji di Parlimen. Ikatan yang ada adalah sekadar jawatan-jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang ditawarkan kepada individu-individu Ahli Parlimen yang telah menyatakan sokongan kepada TSMY, bukan melalui mandat rakyat dalam PRU. Ini terlalu amat berbeza daripada kabinet-kabinet sebelum ini.

Seperkara lagi, kita tidak dapat bayangkan bagaimana TSMY melalui parti nya PPBM@Bersatu boleh dapat terus menerajui dan menakhodai gabungan longgar ini kerana Bersatu bukan lah parti yang mempunyai bilangan terbanyak Ahli Parlimen nya dalam gabungan longgar dan rapuh ini. BN mempunyai bilangan ahli Parlimen yang terbanyak. TSMY adalah sekadar sosok yang bernasib baik seusai proses temubual DYDPA dengan semua Ahli-Ahli Parlimen. Sokongan Ahli-Ahli Parlimen PH terpecah dua antara TM dan DSAI.

Pada hari ini tanggal 20 Mac 2020, keluar pula berita bahawa TM tidak bersetuju dengan tindakan TSMY memecat Dato Marzuki Yahya daripada jawatan Setiausaha Agong Bersatu. Rakyat semakin terkeliru dan kaget apabila mendapat berita ini. Dalam kegigihan petugas-petugas KKM dan lain-lain agensi Kerajaan membendung gejala COVID-19, silat-silat politik masih diteruskan juga. Sama-sama lah kita menonton episod-episod seterus nya.

Saya tidak dapat bayangkan seandainya benar-benar berlaku nanti pilihan raya mengejut(Snap Election) Parlimen Malaysia. Mengikut sejarah nya kita telah pernah mengadakan Pilihan Raya Umum(PRU), Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil(PRK). Kalau tidak salah ingatan saya, kita belum pernah mengadakan Pilihan Raya Parlimen sahaja. Kalau ia nya benar-benar terjadi, ianya suatu sejarah lagi !

Mampukah TSMY mengatasi masalah pembahagian kerusi-kerusi Parlimen diantara ahli-ahli gabungan nya ? Mahu kah UMNO dan PAS bertolak ansur dalam soal kerusi-kerusi Parlimen ?

Adakah beliau mampu menggerakkan jentera parti nya dalam keadaan Bersatu terpecah dua ?

Apabila Parlimen terbubar atau dibubarkan, beliau tidak lagi boleh menawarkan jawatan-jawatan menteri dan timbalan menteri. Jawatan-jawatan ini hanya boleh ditawarkan apabila DYDPA telah menganugerahkan surat perkenan perlantikan sebagai PM.v Yang pasti nya rakyat dan pengundi akan terus menjadi pelakon dan penonton dalam drama yang akan dipentaskan.









Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan