Asyraf Wajdi yang meroyan dan gila talak

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkaitan soal mandat rakyat yang dibangitkan membuktikan bahawa beliaulah yang sebenarnya meroyan dan gila talak.

Exco Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Noorsaiful Amri Suloh ketika dihubungi wartawan berkata, Ketua Pemuda Umno itu harus lebih matang serta perlu mengukur baju di badan sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Tegasnya, Asyraf seperti tidak adil dalam membuat penilaian berhubung kenyataan media yang dikeluarkan Armada Bersatu Malaysia semalam yang mahu bersama semula Pakatan Harapan (PH).

“Asyraf masih tidak sedar bahawa dalam PRU-14 tempoh hari mereka telah tewas dan itulah mandat rakyat yang memberikan kemenangan kepada PH bukan Umno atau PN.

“Sekiranya soal mandat yang dinyatakan oleh beliau (Asyraf), adakah dia bersetuju untuk menyatakan ahli parlimen ‘katak’ sebagai mereka yang mendapat mandat rakyat?

“Penilaian itu mentah dan sememangnya kenyataan Ketua Pemuda Umno itu tidak adil dalam mengulas pendirian Armada. Saya ingin bertanya bagaimana sekiranya keputusan Armada itu memilih untuk bersama PN?

“Saya yakin sekirany Armada memilih PN, pastinya Asyraf tidak akan bersuara kerana baginya itu adalah keputusan yang tepat dilakukan oleh Armada kerana memihak kepada beliau dan PN. Ini penilaian tidak adil,” tegasnya.

Saiful turut menyatakan bahawa mandat rakyat adalah di atas kertas undi yang diberikan pada PRU 14 yang lalu bukan pilihan secara lompat parti.

Tambahnya lagi, keputusan yang dilakukan segelintir ahli parlimen yang kini berada dalam PN bukanlah kehendak rakyat seperti yang berlaku dalam pilihanraya sebelum ini.

“Kita kena hormati suara rakyat, sekiranya betul PN mempunyai kekuatan mengapa harus melakukan perbincangan dalaman sehingga mewujudkan pemerintahan yang baharu. Seharusnya ia diserahkan semula kepada rakyat.

“Walau alasan apa sekali pun yang dikeluarkan oleh Asyraf, ia bukan berpaksi kepada hak rakyat di dalam membuat pilihan.

“Ternyata jelas Umnolah yang gila talak kerana mereka sanggup membelakangkan rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan sewaktu PH masih memegang kuasa dan merekalah yang meroyan mahukan sokongan.

“Armada telah membuat keputusan mengapa yang bersuara atau menjerit adalah Asyraf. Rakyat turut menilai tindakannya yang ternyata hanya pandai meroyan kerana khuatir hilangnya kuasa yang sedia ada,” tegasnya lagi
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan