Dr M: Pembangkang terus tegur kerajaan, bukan ingkar nasihat Agong

Pihak pembangkang akan terus menegur kerajaan dan ia tidak bercanggah dengan nasihat yang diberikan Yang di-Pertuan Agong, kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Bersatu itu memberitahu beliau yakin titah Agong semasa merasmikan pembukaan sidang baru parlimen pagi tidak bukan bermaksud pembangkang tidak boleh memperkatakan masalah negara sama sekali.

“Saya tak percaya Tuanku (Agong) bermaksud kita tak boleh cakap langsung masalah-masalah dalam negara. Kalau tak boleh cakap langsung baik kita mansuhkan parlimen,” kata Mahathir.

Pengerusi Bersatu itu berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Beliau sebelum itu ditanya mengenai titah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memberitahu agar anggota parlimen tidak mengheret Malaysia dalam kancah krisis politik lagi.

“Kita masih ada parlimen dan parlimen akan bersidang dan (pembangkang) terpaksa tegur kalau kerajaan buat benda-benda tak betul.

“Tak bermakna tak perlu ada persidangan, ini bukan maksud Tuanku. Baginda berkata jangan caci-mencaci.

“Kita tak panggil orang dengan nama-nama buruk, tapi kita suarakan teguran pada kerajaan, menjadi tugas ahli parlimen sama ada dalam atau luar kerajaan untuk suarakan segala masalah dihadapi rakyat," katanya.

Mahathir yang tidak menyertai sebahagian besar ahli parlimen Bersatu yang menyokong presiden mereka, Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri menambah, apa yang akan mereka lakukan tidak bercanggah atau melangar nasihat Agong.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan