PN yang tak patuh titah Agong, dakwa MP Shah Alam

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad menyifatkan semua peringatan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa memberikan ucapan pembukaan Parlimen hari ini semuanya tidak dipatuhi oleh Perikatan Nasional (PN).

Yang di-Pertuan Agong memberikan tiga peringatan utama iaitu menjadikan kerajaan yang bersih, tidak menggunakan isu perkauman dan agama serta berkhidmat seikhlas mungkin untuk rakyat ketika negara berhadapan Covid-19.

“Yang tak bersih adalah kerajaan PN. Kerajaan inilah yang memberikan jawatan dan kedudukan kepada mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah demi untuk mengikat sokongan mereka kepada kerajaan.

“Yang memainkan isu perkauman dan agama kerajaan PN juga. Mereka menjadikannya sebab kenapa perlukan kerajaan ini dengan menggunakan alasan perkauman dan agama.

“Yang tidak berkhidmat dengan ikhlas kepada rakyat kerajaan inilah juga.

Bantuan kewangan kepada rakyat ada masalah, bantuan makanan tak sampai dengan baik dan bocor di tengah jalan, pakaian PPE untuk petugas barisan depan pun banyak yang terpaksa disediakan oleh rakyat,” kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan