Ketika Koronavirus, Pas Penggerak Utama Jatuhkan Kerajaan Kedah

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Pas tak perlu diingatkan tentang keperitan kerajaan pilihan rakyat tumbang kerana wakil rakyat khianat.

Pas banyak pengalaman sendiri, khususnya di Terengganu, Perak.

Di Kelantan, darurat bermotif politik diisytihar pada 1977 dan bila ada pilihan raya negeri, Pas tinggal dua kerusi batu nesan.

Tahun 2004 di Kelantan, selepas satu PRK, majoriti Pas dalam Dun tinggal satu kerusi, itu pun yang menang dengan kelebihan dua undi; jenuh juga Tok Guru MB "kepung" Adun2 Pas agar kerajaan tak tumbang.

Maknanya, Pas amat faham deritanya kerajaan yang disokong rakyat dalam PRU, tiba-tiba runtuh kerana pembelotan.

Tapi hari ini Pas pula jadi penggerak utama menjatuhkan kerajaan negeri Kedah yang mendapat rakyat dalam PRU14.

Jika selama ini kerajaan Pas menjadi sasaran untuk dijatuhkan, sekarang Pas pula menyusun perancangan untuk menubuhkan kerajaan pinitu belakang belakang itu.

Dan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut itu menjadi saksi dan lokasi pertemuan, menghimpunkan pengkhianat dan opurtunis politik.

Lebih ironi, ia berlaku selangkah menjelang 10 hari-hari akhir Ramadan ketika umat Islam di planet ini bersiap-siap untuk menikmati pesta ibadah dan ketika negara kita masih diamuk pandemik koronavirus ....
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan