Sebab Dr. Maza selesa dengan PN


Oleh Abu Mishkat
 
1. Saya sudah tonton 2 kali video 11 minit Dr. Maza jawab 1 soalan sama ada dia selesa atau tak selesa dengan kerajaan PN. Terima kasih buat Dr. Maza kerana mengubat kerinduan netizen setelah lama menghilangkan diri dari persada alam maya. 
 
2. Dr. Maza tak menjawab soalan secara terus, tetapi berpusing jauh memberitahu dia banyak menerima tawaran jawatan dan habuan drp PN tapi dia tolak. Ni nak habaq mai dia ikhlas dan tak harap habuan! 
 
3. Seterusnya dia pergi lagi jauh habaq dulu dia menentang BN kerana korup dan sudah terlalu lama memerintah. Dia juga kata asalnya tak percaya Dap akan buat masalah kepada negara jika memerintah.
 
4. Tiba2 dia terus serang Amanah dan sebahagian orang PKR yang menjadi penyebab keberanian banyak pihak membuat kenyataan mengguris hati umat Islam. Saya pun tak faham lagu mana Amanah dan PKR jadi sebab keberanian segelintir orang bukan Islam jadi kurang ajar itu. Sedangkan sebelum PH (Amanah sebahagian drpdnya) memerintah iaitu di zaman BN pun sudah golongan yang kurang ajar dan menghina Islam seperti MCA menghina hudud dan geng liberal Siti Kassim cakap lepas. 
 
5. Dr. Maza juga cerita dulu dia sangat baik dengan pimpinan Dap, dia beri peluang orang Dap berucap dalam masjid, berbuka puasa bersama dan dia hadir program Dap. 
 
6. Perubahan pendirian terhadap Dap berlaku sejak Dr. Maza baca Quran, pada masa solat malam baca ayat 118 surah Ali 'Imran yang bermaksud "...sudah jelas kebencian keluar dari mulut2 mereka dan apa yang mereka sembunyikan dalam dada mereka itu lebih besar.."
 
7. Saya cuma musykil juga perubahan perasaan sayang dan percaya Dr Maza pada Dap bertukar menjadi benci selepas membaca ayat 118 Surah Ali 'Imran itu. Adakah ayat itu tak apply pada MCA yang sangat anti hudud, tak mahu dengar orang Melayu sebut kerajaan Melayu Islam dan memberi bantuan RM58juta kepada universiti milik parti itu dalam masa 3 bukan dalam PN? 
 
8. Keseluruhan jawapan Dr. Maza meletakkan kesalahan keadaan huru-hara di zaman PH ke atas DAP dan juga Amanah yang membantu mengeluarkan nas2 agama. Sungguh simplistik, cetek dan tipikal jawapannya. Tak setara dengan title PhD dan jawatan mufti yang disandang, kerana ternyata dia gagal di peringkat problem statement / pernyataan masalah. Entah bagaimana orang yang memegang title Dr tak tahu membuat pernyataan masalah yang sebenar, sedangkan ia proses atau satu langkah yang wajib dalam menulis tesis. 
 
9. Masalah Zakir Naik masih sama tak dibenarkan ceramah (jasa kerajaan PH tak menghantarnya pulang ke India tapi Dr. Maza masih tak puas hati), isu Adib tak dapat pembelaan yang memuaskan hati pembangkang PH dulu masih sama, BMF masih sama tak menyelesaikan masalah peniaga dan ekonomi Melayu dan mufti popular dengan label 'bodoh tak bertebing' pun sudah diam tak berkempen lagi, kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati dan cedera semakin banyak, tulisan jawi macam tu juga, sekolah vernacular masih macam biasa tak ditutup, Dong Zong masih valid tak diharamkan oleh ROS, agihan jawatan kepada orang politik yang tiada latar belakang bersesuaian dengan keperluan syarikat GLC tertentu sangat berleluasa, penjualan aset kerajaan dengan harga sangat rendah pun berlaku, aset TH yg dijual untuk mengukuhkan institusi itu yang ditentang habis2an dulu pun tak ditebus semula dan banyak lagi isu, termasuk yang terkini rakaman suara mirip orang terpenting menawarkan rasuah jawatan menteri dan GLC jika MP sokong PN, merupakan isu2 yang masih menghantui negara. 
 
10. Soalnya bagaimana Dr. Maza kata negara kita tenang kini? Nampaknya Dr. Maza tidak mampu mencerap sebab mengapa dulu di zaman PH bising sangat. Orang2 yang dulunya sangat bising kini telah berjawatan dalam kerajaan atau syarikat kerajaan, jadi takkanlah masalah2 yang disebutkan di para 9 itu mereka nak bisingkan juga. Itu menembak kaki sendiri namanya. 
 
11. Jadi sebab kewujudan Amanah yang didakwa Dr. Maza sebagai penyebab keberanian golongan menghina agama adalah sebab yang tidak kukuh, hanya sekadar nak menyalahkan sahaja. Sedangkan kekecohan dan kebisingan segelintir orang yang menghina agama itu boleh dikawal jika KDN ketika itu berfungsi dengan baik. Malangnya ia tidak berlaku. Tiba-tiba Amanah dipersalahkan Dr. Maza kerana mengeluarkan nas2 agama, dakwa Dr. Maza. Sepatutnya kalau benar ada Amanah keluarkan nas agama yang menggalakkan orang hina agama, nyatakan nas yang mana dan buat bantahan yang jelas. Namun Dr. Maza hanya mampu melabel Amanah khadam Dap. Bersatu yang sama2 dlm PH tidak pula dihentam, mungkin sebab faktor Tun M ketika itu. Persis walaun juga aras fikirnya. 
 
12. Dr. Maza berada dalam mode penafian tuduhan terhadap PN sekarang dengan alasan ia hanya seumpama kata2 Sayidina Ali kepada puak Khawarij كلمة الحق أريد به الباطل (kata2 yang benar tetapi dengan maksud batil). Agaknya sebahagian isu2 yg saya sebutkan di para 9 itu sudah selesailah pada pertimbangan Dr. Maza kiranya. 
 
13. Kesimpulannya, Dr. Maza teragak2 nak jawab selesa dengan PN yang mendapat kuasa secara luar tabi'e sehingga terpaksa berpusing jauh ketika memberi jawapan untuk satu soalan mudah. Namun boleh difahami Dr. Maza berpuas hati dengan prestasi PN setakat 3 bulan ini, dengan sebab negara sudah 'tenang dan tidak huru-hara' macam 22 bulan dulu (Dr. Maza kata dia tak tahu dah berapa bulan PN ni..)
 
14. Kalau saya tukang soal, saya akan tanya Dr. Maza pernahkah dalam sejarah Islam, umat Islam berpakat melanggar perjanjian yang ditandatangi dengan orang bukan Islam? Kenapa Dr. Maza tak pernah sebut ayat2 91-94 Surah al-Nahli dan hadis2 dalam bab Tahrim al-Ghadr dlm kitab Riyadhus Solihin dalam isu perubahan kerajaan secara pelik itu. 😁
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Komen