Jawapan itu , bukan jawapan rasmi Tabung Haji

Sebentar tadi tonton video Perdebatan atau jawapan Timbalan Agama tentang TH Plantation.. Bagi aku agak tak bertanggung jawab.. Dan jawapan itu bukan jawapan rasmi Tabung Haji..Tetapi dapatan atau anggapan Kementerian Agama..

Patutlah Soalan itu dijawab oleh Timbalan Menteri Agama dari PAS.. Bukan Menteri Agama Dr Dzulkifly Al bakri.. Agaknya Dr Dzul pun tak mahu terjebak dalam kerja jahat ini..Jelas dari jawapan Marzuki tu motifnya Jahat..Naratifnya menyalahkan Kerajaan PH..lebih teruk banyak fakta nya Salah..

Rasanya kalau aku duduk Parlimen, Semua persoalan itu aku mampu jawab tanpa perlu lakukan carian fakta, Malangnya aku kesal, Dr Mujahid dibiarkan keseorangan.. Apakah begitu lemah MP PH memahami soal Ekonomi dan urustadbir sebuah Negara.. Kemana depa menghilang ?..

Pertama, Timbalan Menteri Agama mula mula menyorokkan Fakta tahun 2018, Kerugian TH Plantation..Dan menyorokkan hutang dan liability TH Plantation..Ia hanya menyebut laporan kewangan 2015 sehingga 2017..

Bila ditegur soal Liablity atau hutang TH Palntation..Akhirnya Timbalan Menteri mengaku yang TH berhutang dan rugi lebih RM 600 Juta pada tahun 2018..dan RM 200 juta pada 2019...

Malangnya Timbalan Menteri letakkan Kerugian tahun 2018 kepada Kerajaan PH..Mana logiknya ?

PH menang Mei 2018.. Menteri dilantik pada bulan Jun-Julai.. Pengurusan TH distruktur semula pada ogos 2018.. Pengurusan baru dibentuk akhir 2018.. tapi kerugian tahun 2018 Sebab Kerajaan PH.. Tak ker gila puak lebai.. Abis tu Syarikat FELDA rugi sebab PH jugak..

Nak faham mudah jer..Rekod Keuntungan Tabung Haji pada bulan Jun 2020,Aset bertambah kepada RM 78 Billion..Bukan sebab Menteri dan Timbalan Menteri Agama yang dilantik pada Bulan Mac 2020.. Sebab Pengstrukturan semula tahun 2019...

Ada satu fakta gila dari timbalan Menteri..bagi aku macam fakta Spin dari Facebook Najib dicedok..bukan jawapan Pengurusan Tabung Haji atau TH Plantation adalah tentang harga Komoditi.. Depa dakwa kerugian sebab harga komoditi dizaman PH sebab hubungan Diplomatik China dan India.. Betul ker ?

Kalau sebab hubungan diplomatik Malaysia-India, China.. Kalau ikut logiknya, Harga minyak Sawit yang turun sejak awal 2018 yang menyebabkan Kerugian Felda pun sebab masalah Diplomatik dengan India... Walhal kalau nak kait ketegangan dengan India pasal ucapan Tun pasal Kashmir tu di penghujung 2019.. dan itu bukan faktor besar..

Patutnya hari ini Kerajaan melayu Islam dah mula melutut dengan kerajaan India dan China..harga Sawit dah naik..Tapi lagi rendah dari zaman PH.. Faktanya merujuk harga dagangan MPOB, Pada 1 januari dalam pada harga RM 3000 /tan.. Manakala harga minyak sawit pada kontrak hadapan september pun baru RM 2650 /tan.. Jadi tang mana kata melonjak tu ?

Malah ketika Kerajaan tebuk atap dibentuk.. Harga Komoditi sawit jatuh kepada paras RM 2300 /tan.. iaitu jauh lebih rendah dari harga januari RM 3000 /tan.. Apakah jatuh boleh diberi alasan sebab penubuhan Kerajaan tebuk atap.. Tidak.. ia faktor Permintaan dan bekalan, begitu juga sebab pandemik..

Aku tak kisah jika PAS tu jahat..Dan berbohong dan mengelirukan fakta dalam Parlimen.. yang aku heran mana pi MP Melayu Muslim, terutama dari Amanah.. boleh jadi aku terlepas pandangan sebab aku cuma tonton video pendek di Malaysiakini..

Korang semua hilang kemana.. Sembanglah nak jadi Pembangkang bermaruah konon... Sama jer aku tengok..

Ipohmali
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan