300 ahli Bersatu Kuala Langat keluar parti

 KUALA LANGAT: Seramai 300 ahli akar umbi termasuk Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Langat, Datuk Md. Morni Ibrahim meninggalkan parti itu kerana hilang keyakinan terhadap kepemimpinan utamanya.

Md. Morni berkata, mereka hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Bersatu di peringkat Pusat dan mendakwa mereka mengkhianati mandat rakyat.

“Ahli-ahli jawatan kuasa termasuk sayap Srikandi dan Armada keluar parti dan melepaskan jawatan masing-masing kerana hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap presiden.

“Keputusan ini juga dibuat kerana kepemimpinan sedia ada mengkhianati mandat yang diberikan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.

Md. Morni berkata, kesemua ahli yang keluar Bersatu itu berikrar menyokong perjuangan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr.Mahathir Mohamad yang dianggap belum selesai.

“Kita tidak menolak kemungkinan menyokong dan berhasrat menjadi ahli parti politik ditubuhkan oleh Dr. Mahathir,” ujarnya.

Terdahulu, beberapa bahagian Bersatu di negeri ini terbubar apabila sebahagian besar ahli termasuk pimpinan bahagian parti tersebut mengambil keputusan meninggalkan parti sejak beberapa hari lalu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan