‘Kami lebih selesa panggil kalian YB’, Adibah tegur ahli politik guna gelaran kekeluargaan


KUALA LUMPUR,  — Gelagat sebilangan ahli politik yang menggunakan gelaran tertentu agar lebih ‘mesra’ kepada rakyat mendapat reaksi pelakon dan penyanyi Adibah Noor.

Adibah, 50, menggesa strategi itu dihentikan bukan sahaja kerana kedengaran janggal malah ia juga dikatakan sebagai tidak profesional.

Jelasnya, rakyat lebih selesa untuk menggelar ahli politik berdasarkan jawatan disandang dalam berkomunikasi.

“Kepada ahli politik, rasanya kami lebih selesa panggil kalian YB (yang berhormat) atau dengan gelaran dan nama kalian.

“Sudah-sudahlah hendak rujuk diri anda sebagai saudara-mara. Jika ini adalah idea pegawai PR (perhubungan awam) anda, beritahu mereka untuk anda rujuk diri anda sebagai ‘saya’. Itu sudah memadai,” katanya di media sosial.

Sebelum ini, beberapa gelaran telah diberikan kepada beberapa menteri yang mana kebiasaan diguna pakai dalam sesebuah keluarga.

Antara gelaran kekeluargaan yang digunakan termasuk ‘abah’, ‘pak long’, ‘pak su’ dan pelbagai lagi.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan