PKP: Hannah desak kerajaan laksana kembali moratorium


KUALA LUMPUR, — Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh menggesa kerajaan melaksanakan moratorium selaras penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada esok.

Jelasnya, pengumuman mengenai perkara itu perlu dilakukan segera memandangkan ia melibatkan nasib rakyat.

“Berikutan pengumuman PKP, kerajaan Perikatan Nasional (PN) seharusnya mengumumkan mengenai moratorium pinjaman bank secara automatik untuk semua,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP selama 14 hari melibatkan enam negeri.

Enam negeri terlibat adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah.

PKP pertama yang bermula Mac tahun lalu menawarkan peminjam moratorium automatik selama enam bulan.

Semua bank bersetuju memberikan moratorium untuk pinjaman perumahan, kenderaan dan perniagaan.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Komen