Pangkalan udara Iraq diserang 7 peluru berpandu

 


PANGKALAN udara Iraq yang menempatkan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di utara Baghdad diserang tujuh peluru berpandu semalam.

Serangan terbaru itu didakwa dilakukan kumpulan yang ada kaitan dengan Iran.

Bagaimanapun, menurut jurucakap keselamatan, serangan ke atas Al-Balad itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan.

Katanya, lima daripada peluru berpandu itu tersasar ke arah perkampungan berhampiran dan semua dilancarkan dari beberapa kampung berlainan berdekatan pangkalan berkenaan di wilayah Diyala.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan terbabit.

Sejak minggu lalu, beberapa siri serangan dilancarkan ke atas lokasi tentera AS beroperasi di Iraq.

Pada 3 Mac lalu, seorang sub kontraktor AS terbunuh dalam serangan sama di Pangkalan Udara Ain Al-Assad.

Serangan itu berlaku beberapa hari selepas AS mengebom depoh senjata di sempadan berhampiran Syria, yang didakwa sebagai lokasi militan disokong Iran melancarkan peluru berpandu.

Presiden AS Joe Biden menyifatkan serangan pada 25 Februari itu sebagai amaran kepada Iran.

Puluhan serangan peluru berpandu dan bom disasarkan ke arah kawasan diplomatik, ketenteraan dan keselamatan Barat di Iraq pada tahun lalu. – AFP
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan