Tok Mat jamin Umno tidak ‘melacur’ demi politik sempit


 KUALA LUMPUR, 27 Mac — Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perjuangan dan iltizam Umno terhadap perpaduan orang Melayu serta kepentingan ummah tidak boleh sama sekali dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Dalam nada tegas, beliau berkata seruan kepada perpaduan ummah mesti dibaca dalam konteks yang lebih besar dan mestilah benar-benar bertujuan menyatukan semua orang Melayu, merentasi ideologi politik, kepentingan kuasa dan status sosial.

“Saya ingin membuat penegasan penting bahawa sebagai gerakan yang telah lama memperjuangkan orang Melayu, iltizam Umno terhadap kepentingan ummah jangan sesekali dipersoalkan.

“Yang berpolitik atau tidak, yang berparti atau tidak, dan yang dalam kerajaan mahupun pembangkang, semuanya akan kita pandang dan kita undang. Rukunnya hanya satu, iaitu Melayu!

“Maka dengarlah wahai seluruh perwakilan Umno dan bangsa Melayu, saya tegaskan dengan setegas-tegasnya bahawa perpaduan bangsa Melayu adalah cita-cita besar yang Umno telah dan akan terus dukung dengan tegas dan setia.

“Ia tidak akan kami lacurkan dalam matlamat politik yang sempit. Ia tidak akan kami leburkan dalam perlumbaan kuasa yang tidak cerdik.

Yang akan Umno usahakan ialah perpaduan seluruh bangsa Melayu,” katanya ketika merasmikan serentak persidangan tiga sayap Umno iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri bersempena Perhimpunan Agung Umno 2020 hari ini. — Bernama

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan