Kematian global COVID-19 melebihi 3 juta

 


PARIS: Angka kematian COVID-19 global melebihi tiga juta ketika negara dunia berlumba melaksanakan program inokulasi secara besar-besaran.

India umpamanya masih berjuang menangani peningkatan mendadak kes coronavirus walaupun negara itu adalah pengeluar utama vaksin di dunia.

Virus yang muncul pada akhir 2019 di Wuhan, China itu kini sudah menjangkiti 140,430,379 mangsa dan mengorbankan 3,010,133 nyawa di 219 negara di seluruh dunia serta mengakibatkan ekonomi global terjejas teruk.

New Delhi, menjalani perintah berkurung hujung minggu ini ketika negara kedua paling ramai penduduk di dunia itu berdepan lebih 200,000 kes jangkitan harian.

Di Jepun, peningkatan kes menimbulkan kebimbangan Sukan Olimpik yang ditunda tahun lalu kerana wabak mungkin akan dibatalkan.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga, dalam pertemuan pertamanya dengan Presiden AS, Joe Biden, berkata kerajaannya mendengar nasihat pakar dan melakukan yang terbaik untuk menganjurkan temasya terbabit Julai ini.

Persiapan juga sedang dibuat untuk mengadakan acara sukan global lain seperti Piala Dunia di Qatar tahun depan, namun semuanya bergantung kepada keadaan semasa yang dipengaruhi pandemik COVID-19.

Negara Teluk itu sedang berunding dengan pembuat vaksin untuk memastikan semua peminat yang menghadiri Piala Dunia 2022 di negara itu disuntik vaksin. - AFP

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan