Peguam buat laporan polis terhadap pensyarah UUM

 


Susulan tulisan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) di facebook yang bertajuk Beza Antara Bantuan Melayu Islam dan Bantuan Cina Kristian’ satu laporan polis telah dibuat oleh Peguam Zulhazmi Shariff.

Menurut laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sungai Besi, pemilik facebook berkenaan Kamarul Yusoff berniat untuk membangkitkan suasana kebencian, tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan dalam kalangan masyarakat awam.

Posting ini dimuatnaik pada 16 April 2021

Katanya, penulisan terbabit menggambarkan perbezaan bantuan kedua-dua Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dan Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim dengan memuatnaik lapan keping gambar.

“Saya membuat laporan ini agar pihak polis menyiasat penulis dan pemilik akaun Facebook tersebut di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” kata Zulhazmi .

Zulhazmi mengharapkan pihak polis menyiasat dengan telus dan bertanggungjawab demi keharmonian masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi sekarang di bulan Ramadan.

“Sewajarnya Ramadan dijadikan bulan muhibbah bukan kebencia,” kata beliau.

Terdahulu, Kamarul Yusoff dikecam netizen di facebooknya berikutan tulisan tersebut yang disifatkan netizen sebagai isu perkauman.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan