Muhyiddin didakwa hilang majoriti


 Umno telah menyerahkan surat akuan “yang mencukupi” kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan parti itu terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti dan keabsahannya sebagai ketua  kerajaan.

Berikut senarai anggota parlimen yang hadir dalam sidang media tadi:

  1. Najib Abdul Razak (Pekan)
  2. Azalina Said Othman (Penggerang)
  3. Mohd Nizar Zakaria (Parit)
  4. Azeez Abdul Rahim (Baling)
  5. Noh Omar (Tanjung Karang)
  6. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)
  7. Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)
  8. Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)
  9. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)
  10. Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands)
  11. Ahmad Maslan (Pontian)

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Ketua Pemuda Umno Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki juga menghadiri majlis itu yang diadakan selepas mesyuarat majlis tertinggi di ibu pejabat parti berkenaan jam 4 petang tadi.

Menurut Ahmad Zahid, semua ahli parlimen terbabit menandatangani surat itu sebagai bukti menyatakan pendirian masing-masing.

Selain pemimpin yang hadir, katanya terdapat anggota parlimen lain yang tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan lain atau berada di kawasan masing-masing.

Menurut Ahmad Zahid, selepas mengadakan mesyuarat tadi Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk parti itu berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak lagi mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

Kata ahli parlimen Bagan Datuk itu, Muhyiddin dan PN "ternyata gagal di mata rakyat".

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan