PN ada majoriti tidak benar, surat akuan MP tambahan dihantar kepada Agong


Kenyataan Perdana Menteri dalam Perutusan Khas mendakwa Kerajaan masih mempunyai majoriti adalah tidak benar, demikian menurut Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Zahid, beliau telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan muka surat akuan Ahli-ahli Parlimen Umno kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.

“Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu.

“Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021, bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, atas asas mahu berpihak kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen Umno telah bertambah lagi,” katanya.

Pada hari ini beliau telah mengutus warkah kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu.

Umno mencabar Kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen untuk membuktikan Perdana Menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu sehingga Persidangan Parlimen pada bulan September.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. itu masalahnya orang2 yang memang betul ada masalah, diambil atau dilantik menjadi ketua bertambahlah banyak masalah yang akan dibangkit

    BalasPadam