Pulau Pinang peruntuk RM71.13 juta pembangunan Islam dalam bajet 2022

Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukan sebanyak RM71.13 juta untuk pembangunan Islam di mana ianya meningkat sebanyak RM17.13 juta dalam bajet 2022 jika dibandingkan peningkatan sebanyak RM6. 97 juta bagi tahun lepas.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow ketika membentangkan bajet 2022 semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kali ke-14 berkata, peruntukan tersebut membuktikan kerajaan negeri senantiasa komited memperkasakan pembangunan Islam di Pulau Pinang.

“Peruntukan tersebut juga merangkumi peruntukan bagi pengurusan jabatan-jabatan negeri membabitkan hal ehwal Islam serta juga pembangunan masjid dan surau.

“Selain itu ia juga merangkumi program yang berteraskan Islam serta pembangunan institusi pendidikan Islam.

“Kerajaan negeri turut membina dan menaik taraf banyak institusi pendidikan Islam maupun masjid- masjid di negeri ini bersama-sama dengan kerjasama Kerajaan Pusat,” ujar beliau.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan