Calon AMANAH Semop fokus bawa isu ‘belum sempurna’

Calon AMANAH di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop, Fadillah Sabali tetap fokus membawa isu kemudahan di kawasan terbabit yang masih ‘belum sempurna’ sehingga kini.

Jelasnya, isu tersebut ialah terutamanya masalah air masih lagi membelenggu penduduk di kampung sebelah utara kawasan Pulau Bruit walaupun Sarawak sudah merdeka 58 tahun.

“Begitu juga, dengan masalah elektrik, internet dan jalan raya yang belum lagi mencapai sepenuhnya di beberapa tempat di kawasan berkenaan.

Untuk itu, beliau berharap agar pengundi di DUN Semop dapat menilai dan memilih seorang pemimpin yang ikhlas membantu kebajikan rakyat pada PRN12 kali ini.

Malah, beliau secara berterus terang jika menang pada PRN12 ini akan fokus memperjuangkan isu-isu tersebut sehingga rakyat di DUN Semop tidak ketinggalan mengecapi kemudahan seperti penduduk di kawasan lain.

“In shaa Allah…isu ini sangat dekat di hati sejak saya bertanding pada PRN11 lagi dan turut menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 2018.

“Jelas, saya sangat konsisten dengan isu ini yang membabitkan kebajikan rakyat kerana ternyata mereka jauh ketinggalan dari segi infrastruktur jika dibandingkan di kawasan lain di negeri ini,” tambah beliau lagi.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan