Penduduk Kg Bharu terkejut, kerajaan guna Akta Pengambilan Tanah ambil tanah mereka


Sebahagian penduduk Kampung Baru, Kuala Lumpur terkejut apabila mereka dipaksa berpindah oleh pihak pemaju keluar dari flat dan rumah mereka dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah yang dibenarkan kerajaan.

Kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil tanah penduduk Kampung Bharu untuk dimajukan dengan pampasan hanya RM400 sekaki persegi.

Mereka hanya diberikan pampasan serendah RM400 sekaki persegi sahaja berbanding tawaran kerajaan PH sebelum ini RM1,000 sekaki persegi.

Menurut seorang penduduk, Nadia Liyana Alipah, ia bermula pada Julai 2021 lepas apabila penduduk di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru menerima surat Warta Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memaksa mereka keluar dari tanah itu dengan pampasan.Ia berjaya diperolehi oleh pemaju yang memohon melalui Pejabat Tanah setelah mereka tidak melayan permohonan pemaju sebelum itu.

“Kelam kabut lah semuanya nak push projek ini, takut tak jadi kot,” kata Nadia melalui twitter beliau.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan