Malaysia sedang alami kehancuran ekonomi

Malaysia sekali lagi terlepas peluang dan hilang pelaburan langsung asing (FDI) apabila syarikat gergasi Korea Selatan, Hyundai menutup ibu pejabat wilayah bagi rantau Asia Pasifik di Malaysia dan berpindah ke Indonesia.

Dilaporkan, sejumlah RM6.26 bilion telah dibelanjakan oleh Hyundai bagi membangunkan kilang barunya di Indonesia.

Bukan itu sahaja, bahkan menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Malaysia juga telah kehilangan pelaburan asing pada tahun lalu apabila IBM yang merupakan syarikat gergasi dunia turut menutup Pusat Penyampaian Global (Global Delivery Centre) miliknya di Cyberjaya dan berpindah ke Singapura.

“Lebih parah lagi apabila syarikat minyak global Shell juga hilang kepercayaan pada negara ini dan memindahkan operasinya dari Cyberjaya ke India sehinggakan Cyberjaya tidak lagi kelihatan jayanya.

“Sistem politik, masa depan ekonomi dan taraf korupsi yang tidak terkawal dalam negara menyebabkan syarikat pelaburan asing hilang kepercayaan termasuklah Citigroup kumpulan perbankan telah keluar urusan ‘retail banking’ miliknya walaupun telah beroperasi selama 60 tahun di Malaysia serta berpindah ke Singapura.

“Selain itu, syarikat IT Jerman iaitu T-System telah pun menjual perniagaan mereka di Malaysia dan keluar dari sini. Begitu juga dengan dunia kereta motor menuju ke industri kereta elektrik apabia Toyota Motor Corp melabur US2 bilion dollar bagi membangunkan kenderaan elektrik EVs bukan di Malaysia, tetapi di Indonesia, ” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Tambahnya, bertambah parah lagi apabila Zoom Video Communications memilih Singapura dan bukannya Malaysia sebagai Pusat R & D serta Pusat Data Baru bagi rantau Asia Tenggara.

Tegas beliau Malaysia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila yang terbarunya Google dan Facebook pintas lalu atau ‘bypassed’ negara ini bagi projek berbilion ringgit Apricot iaitu kabel inteenet dasar laut sepanjang 12,000 kilometer kerana dasar Cabotage Malaysia di bawah kerajaan kini gagal membuat keputusan tepat dan pantas.

Soal beliau lagi, di manakah silapnya Malaysia apabila tidak dipedulikan oleh syarikat-syarikat pelaburan asing.

“Apakah yang dilakukan oleh MITI dan Azmin Ali selaku peneraju bertanggungjawab portfolio tersebut dan apa pula kata Perdana Menteri serta Menteri Kewangan dalam kegagalan ini?,” soalnya.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan