Perlekeh Muda, ini formula tua dan lapuk, kata Syed Saddiq

 


Susulan tular gambar beberapa ahli yang didakwa dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) ‘berpesta’ minum bir menggunakan duit ‘crowdfunding’ Pengasas Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan itu.

Syed Saddiq percaya ini ‘formula’ yang sama digunakan pihak yang tidak senang dengan kerja Muda yang dilihat sangat komited dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Lembah Klang dan Pahang baru-baru ini.

Katanya, tuduhan ini paling tidak masuk akal kerana Muda telah menyumbang 100 peratus sumbangan yang disalurkan kepada mangsa banir

“Muda ‘is an open book’. Semua sumbangan 100% disalurkan kepada mangsa banjir.

“Minggu lepas saya dah buat sidang media dan tunjuk semua resit transaksi Mari Bantu. Semua urusan direkod dan akan diaudit.

“Tak perlu nak buat tuduhan kononnya Muda salah guna duit beli minuman alkohol,” katanya dalam kenyataan balas tuduhan itu.

Syed Saddiq juga percaya ini merupakan taktik murah dan lapuk adalah taktik mereka yang terdesak sebaliknya beliau pula mencabar untuk menular isu salah laku dan curi wang rakyat.

“Saya sudah pesan kepada Muda, jangan terikut-ikut budaya tua dan lapuk begini. Fokus pada kerja dan khidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau yang cukup pantang dengan tuduhan yang bukan-bukan menegaskan tidak sekali-kali menggunakan wang sumbangan rakyat untuk membeli minuman alkohol.

“Muda adalah parti berbilang kaum oleh itu bukan kesalahan untuk mereka minum lainlah kalau mereka memandu. Kita hormat hak mereka dan mereka hormat hak kita. Ini hak peribadi mereka,” ujarnya.

Bahkan beliau mengajak mereka yang menular tuduhan itu ke ke Command Centre Misi Banjir Muda untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perbelanjaan Muda kepada mangsa-mangsa banjir.

“Kalau nak bantu Misi Banjir Muda, boleh pergi ke sini. Kita dah bantu lebih 5,000 keluarga dengan sumbangan tunai dan ‘in kind’ lebih RM3.2 juta,” katanya di Facebook.

Beberapa komen yang ditinggalkan netizen di status Syed Saddiq ramai berpandangan sesiapa sahaja boleh mencetak baju seperti dalam gambar ini dan percaya ini adalah tuduhan untuk menjatuhkan imej Muda yang dilihat menjadi sebutan ramai ketika misi bantuan banjir dilakukan sejak akhir-akhir ini.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan