Kecelaruan Strategi Dan Halatuju Pas Terus Membingongkan


Oleh Hayar Hassan

Semakin dekat tarikh PRU 15, semakin kerap lah pimpinan parti-parti politik mengeluarkan kenyataan. Tidak terkecuali bagi pimpinan PAS, kenyataan dalam bentuk tulisan atau pun lisan dikeluarkan untuk menarik perhatian atau pun sokongan orang ramai untuk mengundi calon-calon mereka dalam PRU 15 nanti.

Namun demikian, banyak orang lebih memberikan tumpuan kepada kenyataan-kenyataan Presiden PAS mutakhir ini dengan membandingkan kenyataan-kenyataan lama nya. Ramai orang beranggapan, pendirian pemimpin PAS ini sering berubah-rubah bergantung kepada apa-apa keuntungan yang bakal diraih oleh pimpinan PAS. Ahli-ahli PAS pasti akan menurut sahaja apa yang ditetapkan oleh pemimpin mereka, walah kepada pemimpin katanya.

Sekitar tahun 1980’an, Amanat Hj Hadi yang kononnya dibuat di Banggol Peradong telah menimbulkan kegelisahan orang-orang Melayu terutamanya kepada ahli-ahli UMNO. Amanat ini telah banyak menimbulkan pepecahan dalam keluarga dan masyarakat orang Melayu Islam khususnya di negeri-negeri yang mempunyai ramai pendudok-pendudok Islam. Insiden-insiden dua imam sewaktu solat berjemaah, pulau memulau acara-acara walimatulurus dan kematian banyak dilaporkan berlaku. Akhir nya, dilaporkan Majlis Fatwa Kebangsaan terpaksa mengeluarkan fatwa bahawa amanat itu adalah sesat.

Intipati daripada amanat itu, secara logiknya, PAS dulu,kini dan selama-lamanya pasti tidak akan berkawan atau bekerjasama dalam satu gabungan politik sekiranya ia turut disertai oleh UMNO. Ini adalah disebabkan pada maksud amanat itu, kononnya ahli-ahli UMNO telah rosak akidah mereka.

Namun demikian, selepas PRU 14 dimana BN-UMNO telah tewas untuk menerajui pemerintahan Putrajaya, pimpinan PAS boleh pula bersekongkol dengan BN-UMNO, BERSATU, GRS dan GPS dalam menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional!

Pimpinan PAS boleh lupa pula bahawa pada waktu itu ramai daripada pimpinan utama UMNO telah terpalit dengan pendakwaan-pendakwaan jenayah rasuah serta salahguna kuasa dimahkamah. Diberitakan juga, kononnya PAS juga telah menerima RM 90 juta dari mantan Presiden UMNO. Ini kononnya dikatakan sebagai umpan untuk menjinakkan PAS supaya tidak lagi menyerang UMNO-BN. Realitinya memang itu lah yang telah berlaku seusai PRU 14. Pendirian pimpinan PAS dalam politik kelihatannya tidak konsisten, boleh berubah mengikut selera pemimpin nya.

Presiden PAS memang gemar memberi tamsel dan ibarat, melabelkan kumpulan dalam PH dengan istilah-istilah haiwan,walau pun mereka itu adalah manusia yang sihat akal fikirannya. Ahli-ahli PAS yang menubuhkan Parti Amanah digelar sebagai jebon, kera, tikus dan lain-lain lagi. Presiden Parti Amanah YB Tuan Haji Mohamad Sabu yang sudah begitu lama menjadi ayam tambatan PAS dalam ceramah-ceramah sanggup digelar sebagai jebon.

Masakan ahli-ahli PAS boleh lupa jasa-jasa nya. Semasa PRU 11 hinggalah PRU 13 kempen-kempen ceramah PAS ramai dihadiri oleh orang ramai kerana penceramah terakhirnya adalah YB Tuan Haji Mohamad Sabu. Kutipan derma yang mencecah ribuan Ringgit Malaysia bagi satu ceramah untuk mendirikan markas-markas PAS di seluruh Malaysia adalah hasil ceramah YB Tuan Haji Mohamad Sabu !

Orang ramai akan tetap menunggu sehingga ceramah berakhir walau pun YB Tuan Haji Mohamad Sabu diletakkan sebagai penceramah terakhir. Kupasan politik semasa oleh YB Tuan Haji Mohamad Sabu adalah mantap, menarik dan mudah difahami. Itu lah antara sumbangan besar YB Tuan Haji Mohamad Sabu kepada PAS, sukar dinafikan oleh ahli-ahli PAS sendiri. Kini dengan begitu mudah mereka melupakan nya, semata-mata kerana akur kepada kemahuan pucuk pimpinan PAS.

Gandingan penceramah-penceramah seperti YB Khalid Samad, YB Saifuddin Ismail Nasution, YB Tuan Haji Mahfos Omar, YB Dr Zulkifly pastinya akan menarik kehadiran ribuan orang. Semua ini telah dilupakan oleh pimpinan PAS. Pada waktu ini, ceramah-ceramah PAS sudah tidak meriah lagi seperti dulu, tidak bermaya, malahan sukar mendapat sambutan dari orang ramai, yang hadir hanya lah penyokong setia PAS sahaja.

Terbaru, Presiden PAS telah melabelkan pimpinan PH sebagai orang yang tidak bermoral, tidak berakhlak dan pemberi rasuah. Sehubungan dengan tuduhan ini tiada sebarang fakta, bukti-bukti dan kaji selidik telah dijalankan oleh pihak PAS. Semuanya adalah sekadar andaian dan cetusan rasa orang yang mengucapkannya. Sedap untuk didengar, tetapi amat susah untuk diterima oleh orang ramai. Dalam zaman serba canggih ini, setiap kenyataan perlulah disertakan dengan dalil dan fakta yang meyakinkan. Kalau tidak ianya boleh dianggap sebagai cerita-cerita penglipur lara sahaja.

Mungkin dia beranggapan, kononnya ahli-ahli PAS sahaja yang suci, bersih dan bermoral. Kenyataan melampau dan keterlaluan ini telah menyebabkan banyak laporan polis terhadap Presiden PAS. Kita tunggu dan lihat sahaja adakah PDRM akan memulakan siasatan.

Akhir-akhir ini, orang ramai amat bingong dengan pendirian pemimpin PAS, kadang-kadang hendak bersama dengan UMNO-BN dan Bersatu, kadang-kadang hendak berseteru dengan UMNO-BN dan Bersatu. Semua orang keliru, Maufakat Nasional@MN kah atau Perikatan Nasional@PN kah? Mutakhir ini Bersatu menegaskan musuh mereka dalam PRU 15 nanti adalah UMNO-BN! UMNO-BN pula nak bergerak solo. Semua nya cacamarba kata orang Pulau Pinang.

Mengenai tarikh PRU 15, UMNO-BN mahu diadakan dalam tahun 2022 ini juga. Walhal, PAS pula mahu diadakan pada tahun hadapan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana kah pembahagian kerusi-kerusi dalam Perikatan Nasional@PN nanti. Tikam menikam dan sabotag antara PAS, UMNO-BN dan Bersatu pasti banyak akan berlaku. Kita tunggu saja lah menjelang PRU 15 nanti.

Ini semua adalah mungkin disebabkan oleh sebahagian daripada kecelaruan halatuju , pemikiran dan strategi pimpinan PAS pada waktu ini yang membingongkan.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan